CEO (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pengemasan.
Kemaskini.
Baris 31:
}}
 
'''''CEO''''' merupakan sebuah filem komedi bebas Malaysia 2014 arahan [[Razaisyam Rashid]], dibintangi oleh [[Remy Ishak]], [[Beto Kusyairy]] dan [[Cristina Suzanne Stockstill|Cristina Suzanne]] sebagai pelakon utama dengan [[Jalaluddin Hassan|Dato' Jalaluddin Hassan]], [[Deanna Yusof]] dan [[Taqim Zaki]] sebagai pelakon pembantu. Filem ini mengisahkan dua lelaki yang berada di berlainan 'dunia'; Adam ([[Remy Ishak]]) ialah seorang [[CEO]] sebuah empayar korporat yang berjaya (ALAM Group) dan Sufian ([[Beto Kusyairy]]) seorang penghantar piza lepasan [[Universiti Teknologi MARA|UiTM]]. Gara-gara berlakunya satu insiden, kehidupan mereka berdua bertukar antara satu sama lain. Filem ini telah ditayangkan kepada pada umum 12 Jun 2014.<ref>{{cite news|url=http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140605/hi_03/CEO-cerita-korporat-Melayu|title=CEO cerita korporat Melayu|work=[[Utusan Malaysia]]|date=5 Jun 2014|accessdate=14 Jun 2014|archive-url=https://web.archive.org/web/20180809061340/http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140605/hi_03/CEO-cerita-korporat-Melayu|archive-date=9 Ogos 2018}}</ref><ref>{{cite news|url=http://www2.hmetro.com.my/articles/MesejkehidupandalamCEO/Article?hm|title=Mesej kehidupan dalam CEO|author=Norhayati Nordin|work=[[Harian Metro]]|date=30 Mei 2014|accessdate=14 Jun 2014|archive-url=https://web.archive.org/web/20180809061340/http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140605/hi_03/CEO-cerita-korporat-Melayu|archive-date=12 November 2014}}</ref><ref>{{cite news|url=http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0610&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm|title=Komedi bijak dalam CEO|author=Faten Saphilla Mohamed Isa|work=[[Kosmo!]]|date=10 Jun 2014|accessdate=14 Jun 2014|archive-url=https://web.archive.org/web/20141112141931/http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0610&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm|archive-date=12 November 2014}}</ref>
 
== Plot ==
CEO mengisahkan dua lelaki yang berada di berlainan ‘dunia’. Adam ([[Remy Ishak]]) adalah seorang [[CEO]] dalam sebuah empayar korporat yang berjaya (ALAM Group). Sufian ([[Beto Kusyairy]]) seorang penghantar pizza lepasan [[Universiti Teknologi MARA|UiTM]] yang cita-cita jangka panjangnya adalah mahu bermain pool selepas waktu bekerja.Sufian sering diperlekehkan Puan Suraya (Tania Zainal), majikan restoran pizza. Firdaus ([[Taqim Zaki]]) anak saudara kepada Tan Sri ([[Jalaluddin Hassan|Dato' Jalaluddin Hassan]]) pula merupakan pesaing ketat Adam.
 
Ketika Adam bertemujanji dengan kekasihnya, Adam bertemu dengan Aloy ([[Anas Ridzuan]]) yang cuba menjual kasut kepadanya. Adam menghalau Aloy dan beg tangan kekasihnya telah diragut. Adam mengejar peragut tersebut sebelum peragut itu bertembung dengan Sufian. Peragut itu berjaya mloloskan diri dan beg tangan tersebut jatuh ke tangan Sufian. Niat baik Sufian untuk memulangkan semula beg tangan tersebut telah menyebabkan dirinya dituduh sebagai peragut oleh Adam. Sufian terpaksa bermalam di lokap.
 
Keesokkannya, Adam telah dituduh sebagai dalang kes kehilangan aset syarikat oleh peguam syarikat, Zara ([[Deanna Yusof]])<ref>http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0610&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm</ref>. Hartanya dibekukan dan jawatannya dilucutkan manakala Zara telah membayar ikat jamin Sufian. Sufian dikejutkan dengan hakikat bahawa dirinnya merupakan pewaris kepada seorang pak cik yang menguasai syarikat ALAM Group. Nina ([[Cristina Suzanne Stockstill|Cristina Suzanne]]), bekas setiausaha Adam ditugaskan untuk membantu Sufian menyesuaikan diri sebagai CEO, menggantikan Adam. Adam, yang masih terpingga-pingga akan nasib malang menimpa dirinya, telah meminta bantuan Aloy menyelesaikan misteri ini. Sufian pula, yang menerima durian runtuh, menikmati kesemua kemewahan bekas milik Adam bersama-sama rakan-rakannya, Husin (Fasyali Fadzly), Reza (Naque Ariffin) dan Syai (Kirin Muhammad).
 
Ketika Sufian meneroka pejabat bersama-sama Nina, mereka terperangkap di dalam pejabat Tan Sri dan telah terdengar perbualan Dato' bersama Firdaus akan perbuatan mereka menyingkirkan Adam kerana cuba mendedahkan rasuah yang berlaku dalam syarikat. Sufian dan Nina bertemu dengan Adam untuk menceritakan perkara yang sebenar di sebalik pemecatannya. Mereka bertiga kemudiannya berjaya mendedahkan perbuatan jahat Dato' kepada pihak polis. Penghujungnya, mereka menjadi pemilik Spa, perkongsian bersama antara Suffian, Adam, Nina, Aloy dan kawan Suffian.<ref>http://www.gsc.com.my/Movie-Synopsis/CEO/</ref>
 
== Ulasan kritis ==
Baris 84:
|-
|}
 
== Lihat juga ==
* [[Filem Malaysia tahun 2014]]
 
== Rujukan ==