Sejarah United Kingdom: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Mat bahasa (bincang | sumb.)
k Pembetulan ejaan
 
Baris 5:
Britain memainkan peranan besar dalam Zaman Kesedaran abad ke-18, dan menyumbang kepada perkembangan bidang [[falsafah]], [[sains]], [[kesusasteraan]] dan seni teater. Pada abad ke-19, Britain pula menyumbang kepada perkembangan fahaman [[demokrasi berparlimen]], sastera, seni dan sains. [[Empayar British]] menjadi kaya dengan perindustrian dan eksploitasi terhadap tanah jajahan serta perdagangan dan perhambaan. Namun, Britain telah mengharamkan perhambaan pada awal abad ke-19. Mereka merupakan negara pertama mengambil tindakan ini.
 
Selepas [[Revolusi Perindustrian]] dan kekalahan [[Napoleon]] dari Perancis, Britain menjadi kuasa utama abad ke-19. Wilayah dan tanah jajahan Empayar British meliputi kira-kira stusatu pertiga keluasan dunia, dan merupakan tempat kediami lebih daripada satu pertiga jumlah penduduk dunia.
 
Selepas pemerintahan [[Victoria dari United Kingdom|Ratu Victoria]], Britain mula kehilangan kuasa dan pengaruh dalam perindustrian kepada [[Amerika Syarikat]] dan Empayar [[Jerman]]. Namun, Britain dan sekutu-sekutunya memenangi [[Perang Dunia Pertama]] dan berjaya meluaskan tanah jajahannya lagi. Britain, Amerika Syarikat, [[Kesatuan Soviet]] dan negara-negara [[Negara-negara Komanwel|Komanwel]] yang lain sekali lagi berjaya menewaskan Jerman dan [[Itali]] dalam [[Perang Dunia Kedua]]. Britain mengalami kemusnahan, kerugian yang teruk akibat perang ini. Kuasa dan pengaruhnya di dunia mula berkurang.