Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pembetulan mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
kTiada ringkasan suntingan
Baris 17:
}}
 
'''Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan''' atau '''Yamtuan Besar''' adalah pemerintah bagi Negeri Sembilan mengikut sistem raja berperlembagaan moden negeri berkenaan sejak tahun 1898. Sebelum itu, [[Yang di-Pertuan Besar]] Negeri Sembilan dikenali sebagai Yang Didi-Pertuan Besar Seri Menanti dan menjadi raja memerintah di tanah jajahan adat meliputi Seri Menanti, Inas, Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol di Negeri Sembilan.
 
== Sejarah ==
Permulaan pelantikan Yang di-Pertuan Besar ini berlaku pada [[abad ke-17]] Masihi. Sebelum itu, Negeri Sembilan adalah di bawah takluk Kesultanan Melayu [[Johor]]. Pada separuh pertama abad ke-17 itu, Kerajaan Kesultanan Melayu [[Johor]] sentiasa diancam oleh orang AchehAceh di bawah pemerintahan [[Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam]] (1607-1636). Ini menjadikan Kerajaan Kesultanan Melayu Johor tidak berupaya untuk melindungi Negeri Sembilan.
 
Pada masa yang sama, orang [[Bugis]] diketuai oleh [[Daeng Kemboja]] memasuki Negeri Sembilan membuat huru hara dan memaksa orang-orang Negeri Sembilan berketurunan Minangkabau mengakui [[Daeng Kemboja]] sebagai raja di Negeri Sembilan. Kaedah ini dilihat adalah bertentangan dengan pendirian orang-orang Minangkabau di siniNegeri Sembilan.
 
Satu utusan telah mengadap [[Sultan Johor]] untuk meminta supaya seorang raja dipertuankan di Negeri Sembilan. Bagaimanapun, permintaan ini tidak dapat ditunaikan dan Sultan Johor telah membenarkan orang Negeri Sembilan ini mencari anak raja dari negeri lain untuk dipertuankan di Negeri Sembilan.
 
Maka pemimpinpenghulu-penghulu setempatluak ([[Undang (Negeri Sembilan)|Undang Yang Empat]]) di Negeri Sembilan menghantar wakil untuk mengadap Yang di-Pertuan [[Pagar Ruyung]] di [[Tanah Minangkabau]]. Permintaan utusan orang Negeri Sembilan ini diperkenankan dan melantik [[Raja Melewar]] menjadi Yamtuan Besar Seri Menanti yang pertama. Raja Melewar telah mengetuai angkatan perang orang Negeri Sembilan menghalau Daeng Kemboja dari tanah Negeri Sembilan.
 
Yang di-Pertuan Besar terakhir dari Pagar Ruyung telah dipecat dan bermula dari tarikh itu, anak raja tempatan berketurunan Yang di-Pertuan PertamaBesar ketiga telah dilantik dan ditabalkan. Apabila institusi ini ditubuhkan, gelaran raja Negeri Sembilan adalah Yang di-Pertuan Besar Seri Menanti. Baginda hanya berkuasa di Seri Menanti dan luak-luak sekitarnya yang dikenali sebagai Luak Tanah Mengandung. Pada akhir abad ke-19 Masihi, iaitu sebelum penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, gelaran baginda telahgelarannya ditukar menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas persetujuan Undang Yang Empat<ref name=":0">Rosiswandy bin Mohd Salleh (t.t), ''Sejarah Pengamalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan.'' Jelebuː Muizum Adat Negeri Sembilan.</ref>.
 
==Yang di-Pertuan Agong Malaysia==
Baris 50:
 
==Keistimewaan==
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dipilih dan dilantik hasil muafakat antara [[Undang (Negeri Sembilan)|Undang Yang Empat]]. Yang di-Pertuan Besar adalah ketua agama Islam negeri, namun peranan baginda tertakluk kepada nasihat dan persetujuan Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin. Yang di-Pertuan Besar bersama-sama Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin berperanan menjaga agama Islam dengan dinasihati Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
 
Baginda juga bertanggungjawab dalam adat istiadat negeri dengan tertakluk pada nasihat [[Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan]]. Yang di-Pertuan Besar bersemayam di Seri Menanti di Luak Ulu Muar. Baginda tidak campur tangan dalam hal ehwal luak-luak yang lain<ref name=":0" />.
 
Berdasarkan sejarah, sebelum kemasukan British, Yang di-Pertuan Besar dipilih oleh Penghulu Luak Ulu Muar. Apabila British campur tangan di Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Besar dilantik oleh [[Undang (Negeri Sembilan)|Undang Yang Empat]] iaitu [[Dato' Undang Luak Sungai Ujong|Undang Luak Sungai Ujong]], [[Dato' Undang Luak Jelebu|Undang Luak Jelebu]], [[Dato' Undang Luak RembauJohol|Undang Luak Johol]] dan [[Dato' Undang Luak JoholRembau|Undang Luak Rembau]].
 
Pemilihan Yang di-Pertuan Besar berdasarkan kepada latar belakang keturunan, kebaikan tingkah laku dan calon mestilah mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Yang di-Pertuan Besar yang mangkat mengikut sebelah bapa, iaitu daripada kalangan putera raja berketurunan [[Raja Lenggang]] ibni Raja Laut, iaitu Yamtuan Seri Menanti yang ketiga.