Napoleon Bonaparte: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 58:
== Perkahwinan ==
Napoleon berkahwin dengan seorang janda bernama [[Joséphine de Beauharnais]]. Namun begitu, Joséphine tidak berupaya memberi zuriat kepada Napoleon, dan diceraikannya supaya memperoleh zuriat. Kemudian, Napoleon berkahwin dengan Puteri Raja Austria [[Marie Louise, Duchess Parma|Marie Louise]], puteri Raja [[François I dari Perancis|Francois I]]. Meskipun perkahwinan mereka berkekalan, tetapi Marie tidak bersama-sama Napoleon ketika pembuangannya ke pulau Elba. Pasangan ini memperoleh seorang putera, [[Napoleon Francis Joseph Charles]] yang kemudian menjadi Napoleon II pada 1814, tetapi hanya memegang kuasa itu selama kira-kira dua minggu.
 
== Ketenteraan ==
 
=== Warisan ===
Dalam organisasi ketenteraan, Napoleon telah memperkenalkan konsep pasukan [[kor]] yang berkedudukan atas kumpulan [[Divisyen (tentera)|divisyen]]. Pembentukan pasukan kor didukung oleh pendaftaran tentara besar-besaran yang mengakibatkan jumlah tentara menjadi telalu banyak sehingga perlunya satu kesatuan tentera yang lebih besar daripada tahap divisyen.
 
=== Kegagalan ===
Tidak semua peperangan dimenangi oleh Napoleon. Meskipun di kawasan gurun, Napoleon berjaya mengalahkan tentara gabungan Uthmaniyah dan Mamluk dalam [[Pertempuran Piramid]], tetapi beberapa hari kemudian, para tentera Perancis dikalahkan oleh tentera Inggeris di bawah pimpinan Laksamana [[Horatio Nelson]] di Teluk Aboukir. Tentera Horatio Nelson berhasil mengalahkan armada Perancis sekali lagi di [[Pertempuran Trafalgar|pertempuran laut di Trafalgar]] antara tentera Perancis-Sepanyol yang dipimpin oleh Admiral Villeneuve dengan armada Inggeris yang dipimpin oleh Laksamana Nelson, meskipun Nelson maut dalam pertempuran ini.
 
Kegagalan dalam menyerang Rusia berlaku akibat strategi Jenderal [[Mikhail Kutuzov]] dan Tsar [[Aleksandr I dari Rusia|Aleksandr I]] dalam menghadapi pasukan Perancis dengan memanfaatkan musim sejuk Rusia. Strategi Rusia dalam hal ini ialah membakar kota Moscow ketika Napoleon berhasil menakluki kota itu selepas pertempuran di Borodino dan mengharapkan sumber logistik baru.
 
Kekalahan yang mengakhiri petabalannya sebagai Raja Perancis setelah melarikan diri dari Pulau Elba dan memerintah kembali di Prancis selama 100 hari ialah kekalahan dalam [[Pertempuran Waterloo]] ketika berhadapan dengan kekuatan Inggeris yang dipimpin [[Duke of Wellington]], pasukan Belanda oleh van Oranje dan pasukan Prusia yang dipimpin oleh General Blücher serta senjata-senjata baharu hasil ciptaan [[Henry Shrapnel]] daripada pihak Inggeris, yang mengakibatkannya dibuang ke Pulau Saint Helena hingga baginda mangkat.
 
== Rujukan ==