Zul Ariffin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hafiz Sariman (bincang | sumb.)
Baris 31:
 
==Kerjaya==
Bakat beliau dikesan oleh seorang pencari bakat dan mula muncul dalam iklan-iklan di televisyen. Beliau mendapat watak lakonan pertamanya pada 2008 menerusi drama ''Apa Itu Cinta'', diikuti oleh ''[[Awan Dania]]'' lakonan [[Scha Al-Yahya]]. Pada tahun 2009, beliau memegang watak utama sebagai Inspektor Ashraf dalam drama aksi kepolisan ''[[Gerak Khas]]'' arahanterbitan [[Yusof Haslam]], bagaimanapun, 'jodoh' beliau bersama ''Gerak Khas'' tidak berkekalan apabila drama itu “direhatkan”direhatkan sementara dua tahun kemudian. Zul melangkah ke layar lebar dengan membintangi filem sulung lakonannya, ''[[Evolusi KL Drift 2]]'' arahan [[Syamsul Yusof]] yang mana beliau memegang watak sebagai Inspektor Zam, bersama [[Remy Ishak]] sebagai Inspektor Kamal. Filem ini ditayangkan pada 25 Mac 2010 dan mencapai kutipan pecah panggung.<ref>{{cite news|title= "KL Drift 2" Menderum Dengan 'Enjin Lama' |author=Wahiduzzaman|work=mStar Online|date=24 Mac 2010|url=http://mstar.com.my/cerita.asp?file=/2010/3/24/mstar_tengokwayang/20100324141545&sec=mstar_tengokwayang|access-date=2010-03-30}}</ref>
 
Selepas ''Gerak Khas'' "direhatkan" dengan episod terakhirnya disiarkan pada 22 Julai 2011, beliau membintangi drama ''[[Nora Elena]]'' bersama [[Aaron Aziz]] dan pelakon jelita [[Siti Saleha]] yang disiarkan di [[Slot Akasia|Slot Akasia]] [[TV3]], beliau dikatakan telah mengalami kesuraman pada 2012, pada ketika beliau mencapai berat badan yang berlebihan. Pada masa itu, beliau tidak menerima tawaran kerja selama setahun setengah. Pada tahun 2013, Zul berlakon dalam satu-satunya drama TV lakonannya pada tahun itu, ''[[Luluhnya Sebuah Ikrar]]'' bersama [[Sara Ali]] dan [[Ryzal Jaafar]].
 
Bekerja di bawah arahan pelakon senior [[Ellie Suriati]], Zul berlakon dalam filem keduanya&mdash;filem seram berjudul ''Penanggal'' bersama [[Fasha Sandha]] dan diikuti oleh filem ketiga lakonannya, ''[[Bikers Kental]]'' bersama [[Awie]], [[Zizan Razak]] dan [[Bront Palarae]] yang ditayangkan pada 23 Mei 2013. Beliau kembali ke bidang lakonan dan ternyata kemunculan semulanya membuahkan hasil apabila membintangi ''[[Rindu Awak 200% (drama)|Rindu Awak 200%]]''<ref>Kemalia Othman (23 Mac 2015). [http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/03/23/zul-ariffin/ Rindu Awak 200% Bawa Karier Zul Ariffin Ke Tahap Lebih Tinggi] ''[[mSTAR Online]]''. Dicapai pada 1 April 2015.</ref> bersama pelakon dan penyanyi yang sedang meningkat naik, [[Ayda Jebat]] yang melakonkan watak Armel Aisya dan Zul memegang watak sebagai Zill Faezrul, drama ini disiarkan di [[Slot Akasia|Slot Akasia TV3]] dari 15 Julai hingga 1 September 2014.<ref>Nina Farzuin Md. Sharom (23 Mac 2015). [http://www.sinarharian.com.my/hiburan/rindu-awak-200-bukti-kehebatan-drama-adaptasi-1.371833 Rindu Awak 200% bukti kehebatan drama adaptasi] ''[[Sinar Harian]]''. Dicapai pada 1 April 2015.</ref> Profil Zul sebagai pelakon bertambah teguh apabila beliau memenangi [[Bintang Harapan FFM|Pelakon Harapan Lelaki Terbaik]] di [[Festival Filem Malaysia ke-26]] menerusi persembahan cemerlangnya dalam filem ''Penanggal'', sekaligus menewaskan pelakon lain termasuk [[Karl Shafek]] (''[[Zaiton Ceritaku]]''), [[Shukri Yahaya]] (''[[Ular (filem)|Ular]]'') dan [[Syazwan Zulkifli]] (''[[Juvana (filem)|Juvana]]'').
 
Pada tahun yang sama, beliau memegang watak sebagai Airil dalam siri televisyen waktu perdana [[Slot Akasia|Slot Akasia TV3]], ''[[Istikharah Cinta]]'' bersama heroinnya, [[Faye Kusairi]] yang memegang watak sebagai Dina Alia, seterusnya melakonkan watak ketua [[mafia]] dalam filem aksi ''[[Balistik (filem)|Balistik]]'' bersama pelakon utamanya, [[Rosyam Nor]] dan [[Rita Rudaini]]. Bekerja di bawah arahan [[Pierre Andre]], beliau bersama [[Mon Ryanti]] membintangi filem seram, ''[[Filem Jin|Jin]]'' terbitan Empat Samudera.<ref>{{cite news|url=http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0819&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm|title=Jin temukan Zul Ariffin, Mon Ryanti|author=|publisher=[[Kosmo!]]|date=19 Ogos 2014|accessdate=30 Ogos 2014}}</ref>