Penyiaran radio: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Azlanj67 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Radio
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 29:
====FM====
[[Image:2006FM broadcast stations.PNG|thumb|right| Stesen-stesen siaran radio FM (2006)]]
FM ialah singkatan bagi [[modulasi frekuensi]] yang berfungsi melalui gelombang udara [[VHF]] dalam julat frekuensi 8887,5 hingga 108 [[Megahertz|MHz]] di merata dunia (kecuali [[Jepun]] dan [[Rusia]]). Jepun menggunakan jalur 76 hingga 90 MHz. Rusia pula mewarisi dua jalur yang digunakan secara meluas oleh [[Kesatuan Soviet]], iaitu 65.9 hingga 74 MHz dan 87.5 hingga 108 MHz. Stesen FM lebih laris di kawasan-kawasan yang lebih maju seperti Eropah dan [[Amerika Syarikat]], khususnya memandangkan FM berkebolehan dari segi fideliti bunyi lebih tinggi dan siaran [[bunyi stereofonik|stereo]].
 
Radio FM dicipta oleh [[Edwin Howard Armstrong|Edwin H. Armstrong]] pada 1930-an khususnya untuk tujuan mengatasi masalah gangguan statik yang dialami oleh radio AM. Pada masa yang sama, pelebihan fideliti dicapai dengan menjauhkan lagi jurang minimum antara stesen dari 10 kHz ke 200 kHz. Contohnya, perbezaan antara frekuensi FM terendah di Malaysia, 87.5 MHz, dan kedua terendah, 88.3 MHz, ialah 200 kHz (0.2 MHz). Pelebaran jurang ini adalah untuk memanfaatkan ciri-ciri penyekat hingar dalam FM yang berjalur lebar.