Peperangan Samnium: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox military conflict |conflict=Peperangan Samnium |partof= |image=300px |image_size= |caption=Peta menunjukkan p...'
 
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 29:
Pada pertengahan abad ke-4 SM, [[Itali]] masih lagi dibahagikan antara [[Puak Latin|Latin]], [[Orang Yunani|Yunani]], [[Etruscan]] dan lain-lain. Kumpulan puak yang paling berkuasa di semenanjung itu ialah [[Samnit]]. Puak Samnit merupakan persekutuan puak separa nomad yang berbahasa [[Osca]] dan menetap di kawasan tanpa pantai yang terletak di selatan [[Pergunungan Apennine]] iaitu [[Samnium]]. Kawasan itu pula telah dibahagikan kepada empat unit puak atau ''toutos'' dan setiap unit itu telah mendirikan perkampungan mampu diri. Puak-puak itu dikenali sebagai [[Pentri]], [[Hirpini]], [[Caudini]] dan [[Caraceni (puak)|Carricini]]. Keempat-empat puak itu telah mendirikan [[Samnit|Liga Samnit]], sebuah kesatuan yang kurang berpusat jika dibandingkan dengan [[Republik Rom]] di timur. Tidak kurang atau berkemungkinan berat sebelah [[Livy]] telah mencatatkan bahawa kesatuan itu ditadbir oleh sebuah majlis pusat yang terdiri daripada keempat-empat puak itu serta terdapat seorang panglima yang akan mendendangkan paluan perintah berperang.
 
== Perang SamnitSamnium Pertama ==
Berdepan dengan musuh dari negeri jiran [[Volsci]], Rom dan Samnit berpakat untuk bekerjasama pada tahun 354 SM tetapi hubungan tersebut dengan pantasnya menjadi renggang. Hanya pada sedekad kemudian, Samnit telah menyerang [[Sidicini]] sambil dibantu oleh [[Campani]]. Walaupun menjalinkan kerjasama, Rom tidak rela membiarkan pesaingnya memperoleh kuasa [[hegemoni]] ke atas tanah Campania yang begitu subur dan makmur. Lalu, pihak Rom mengingkari kerjasama yang terbentuk dan bercampur tangan dalam melindungi Campania daripada dikepung oleh Samnit. Campania pun tunduk kepada kekuasaan Rom. Kemudian, tentera [[konsul Rom]] berarak menuju ke peperangan. Pada tahun 343 SM, tentera Rom akhirnya menewaskan Samnit dalam beberapa siri pertempuran di [[Pertempuran Gunung Gaurus|Gunung Gaurus]], [[Pertempuran Saticula|Saticula]] dan [[Pertempuran Suessela|Suessela]].
 
Baris 36:
Sebuah [[hierarki]] telah dibentuk yang mana golongan bawahan Latin Rom tidak lagi perlu berurusan secara ketenteraan dan diplomatik dengan kuasa lain tetapi hanya perlu terikat dengan 'kesetiaan' mereka bersama Rom. Penduduk-penduduk di beberapa buah kota yang setia seperti [[Lanuvium]] dan [[Ariccia]] telah memperoleh kerakyatan Rom yang penuh. Sementara itu, sesetengah kota yang tidak setia tetapi penting sebagai kedudukan yang strategik seperti [[Anzio|Antium]] telah memperoleh faedah istimewa yang serupa di samping [[garison]] Rom berjaya ditempatkan di sana.
 
== Perang SamnitSamnium Kedua ==
[[Fail:Carte_PremGuerreSamnite_343avJC.png|thumb|left|upright=1.4|Babak-babak Perang SamnitSamnium Pertama.]]
Walau bagaimanapun, permusuhan antara kota-kota mutlak ini dan Liga Samnit bermula pada tahun 328 SM apabila koloni Rom telah didirikan di [[Fregellae]]. Kota Fregellae terletak di bahagian timur tebing [[Sungai Liris]] dan Samnit menganggap sungai itu sebagai sempadan antara kedua-dua kuasa. Ketegangan ke atas kota Fregellae terus meningkat selama beberapa tahun seterusnya dan kemunculan pengaruh Rom di Campania. Api percikan peperangan akhirnya membara sekali lagi pada tahun 326 SM apabila kumpulan pro-Rom di [[Naples|Neapolis]] telah mengusir garison Samnit lalu menyerahkan kunci kota kepada penjagaan Rom.
 
Baris 48:
Semasa tentera Rom berada dalam keadaan tidak keruan untuk mencari jalan keluar, Pontius menulis kepada ayahnya, Herennius tentang perkara-perkara yang perlu beliau lakukan. Lalu, Herennius menunggang menyertai tentera Samnit dan segera menasihat anaknya sama ada membunuh semua tentera Rom atau melepaskan tentera-tentera Rom tanpa mencederakan mereka. Hal ini demikian kerana pilihan yang ekstrem itu sama ada boleh membawa kepada keamanan jangka masa panjang ataupun melemahkan Rom dengan teruk. Pontus berasa tidak senang akan pilihan-pilihan tersebut. Beliau bersama ketua puak yang lain berpendapat sekiranya mereka memilih jalan tengah. Kemudian, Herennius berkata kepada mereka; "Rom merupakan bangsa yang tidak tahu berdiam diri di saat kekalahan. Mana-mana penghinaan, keterlaluan itu kini membakar jiwa mereka yang terus menduri selama-lamanya, dan mereka tidak akan biar terus berehat sehingga mereka membuatkan kamu membalas berkali-kali". Selepas itu, Herennius pergi meninggalkan tentera Pontus tetapi ingatannya itu telah diendahkan.
 
[[Fail:Carte DeuxGuerreSamnite 327avJC.png|thumb|upright=1.4|Babak-babak Perang SamnitSamnium Kedua.]]
Selepas tentera Rom melakukan beberapa percubaan untuk melepaskan diri daripada pengepungan, mereka dipaksa untuk berunding dengan Pontus. Sebagai pulangan nyawa-nyawa mereka, tentera Rom menanggung penghinaan yang mana tidak boleh dilupakan sama sekali. Setiap orang tentera Rom tidak kira dari legiun biasa sehingga ke pangkat konsul dipaksa untuk berjalan tertunduk-tunduk di bawah [[kuk]]. Seramai 600 orang [[equites]] telah dijadikan tahanan perang oleh Samnit sebagai jaminan keamanan manakala ancaman daripada koloni-koloni Rom dapat dipatahkan.
 
Baris 59:
Pada tahun 304 SM, puak-puak Samnium menawarkan rundingan damai kepada Rom yang telah menggandakan wilayah-wilayah kekuasannya ketika peperangan. Walaupun Samnit kini boleh menarik nafas lega buat sementara waktu, tetapi penduduk di kawasan sekitarnya tidak begitu bertuah. Antara tahun 302 hingga 298 SM, [[Kuil Janus]] terus dibuka dan Rom meneruskan kempen tahunan di [[Umbria]] dan [[Etruria]] secara serentak. Pada masa itu, perluasan kuasa Rom di [[Semenanjung Itali]] telah mencemaskan saki-baki orang yang bebas.
 
== Perang SamnitSamnium Ketiga ==
[[Fail:Carte_TroisGuerreSamnite_298avJC.png|thumb|upright=1.4|Babak-babak Perang SamnitSamnium Ketiga.]]
Pada tahun 298 SM, Samnit telah menyeberangi kawasan sempadan selatan mereka lalu menceroboh Lucania dengan menanduskan kawasan itu sekali gus menyebabkan Lucania menghantar utusan panik ke Rom. Bimbang dengan kekuatan Samnit yang terus garang, Rom mengambil peluang ini untuk mengadakan pakatan dengan Lucania atas hanya sebab peperangan. Mereka meminta penceroboh Samnit itu supaya berundur meninggalkan Luceria. Apabila desakan itu telah ditolak, maka konflik Perang Samnit Ketiga bermula.