Leonardo Pavoletti: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox football biography | name = Leonardo Pavoletti | image = Leonardo Pavoletti, 2016.png | caption = Pavoletti pada 2016 | fullname = | birth_date =...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 05:47, 27 Jun 2020

Leonardo Pavoletti (sebutan bahasa Itali: [leoˈnardo pavoˈletti]; lahir 26 November 1988) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang beraksi di posisi penyerang untuk kelab Serie A, Cagliari dan pasukan kebangsaan Itali.

Leonardo Pavoletti
Pavoletti pada 2016
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1988-11-26) 26 November 1988 (umur 35)
Tempat lahir Livorno, Itali
Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)[1]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Cagliari
Nombor 30
Kerjaya remaja
Gruppo Sportivo CNFO
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2008 Armando Picchi 59 (16)
2008–2009 Viareggio 26 (7)
2009–2010 Pavia 28 (9)
2010–2011 Juve Stabia 7 (0)
2011 Casale 11 (3)
2011–2012 Virtus Lanciano 36 (16)
2012–2015 Sassuolo 44 (12)
2013–2014Varese (pinjam) 33 (24)
2015–2017 Genoa 44 (23)
2017–2018 Napoli 6 (0)
2017–2018Cagliari (pinjam) 33 (11)
2018– Cagliari 32 (16)
Pasukan kebangsaan
2019– Itali 1 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 08:43, 27 Mei 2019 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 26 Mac 2019

Kerjaya kelab

Kerjaa awal

Pavoletti telah memulakan kariernya di akademi Gruppo Sportivo CNFO (Cantiere Navale Fratelli Orlando) dan Armando Picchi. Kemudian, beliau pernah beraksi bersama Viareggio, Pavia, Juve Stabia dan Casale dengan mempamerkan prestasi yang baik. Beliau seterusnya berpindah ke Virtus Lanciano sebelum dianugerahkan penjaring terbanyak liga pada musim 2011-12 di sambung membantu pasukannya untuk mara ke divisyen atas setelah beliau menjaringkan 16 gol dalam semua kejohanan dan 15 gol daripadanya dihasilkan dalam saingan liga.

Sassuolo

Pada musim panas tahun 2012, Pavoletti telah berpindah ke Sassuolo. Beliau telah menjaringkan lima gol dalam empat penampilan pertamanya bersama Sassuolo pada aksi Serie B. Namun, pada musim itu, beliau telah digantung selama 40 hari kerana kes doping setelah didapati positif dalam ujian tuaminoheptana selepas aksi menentang Livorno pada 26 Disember 2012. Sassuolo telah membuat permohonan berhubung penggantungan itu berikutan andaian Rinoflumicil yang ditemui di dalam pelega hidung.[2] Pavoletti kembali membantu Sassuolo merangkul kejuaraan Serie B dan mencipta sejarah untuk beraksi di Serie A buat pertama kali selepas beliau beraksi dalam 33 perlawanan dan menjaringkan sebelas gol.

Selepas hanya melakukan dua kemunculan di Serie A pada permulaan musim 2013-14, Pavoletti menyertai kelab Serie B, Varese sebagai pemain pinjaman pada 2 September 2013 pada hari terakhir jendela perpindahan musim.

Varese

Pada 2 September 2013, Pavoletti telah menyertai Varese secara pinjaman bersama pilihan untuk membawa masuknya secara tetap pada akhir musim. Beliau melakukan penampilan sulungnya pada enam hari kemudian dalam aksi Serie B dengan menjaringkan gol terakhir permainan. Pada aksi berikutnya, beliau menjaringkan dua gol buat pasukannya tetapi Pescara berjaya meraih kemenangan 3-2. Beliau menamatkan musim ini dengan melakukan 36 penampilan dan menjaringkan 24 gol. Empat daripada jumlah jaringannya dihasilkan semasa menentang Novara Calcio pada aksi play-off penyingkiran selepas pasukannya menduduki tangga ke-18 liga. Pavoletti menjaringkan dua gol untuk memastikan pasukannya meraih kemenangan 2-0 pada perlawanan pertama diikuti dengan kedudukan 2-2 pada perlawanan timbal balik. Keputusan mengesahkan kemenangan Varese 4-2 secara agregat untuk memastikan Varese terus berada dalam kancah Serie B buat musim depan manakala Novara telah terkandas dan berdepan penyingkiran dari liga. Dengan rekod jaringannya itu, beliau menjadi penjaring kedua terbanyak Serie B di belakang pemain Trapani, Matteo Mancosu yang telah menjaringkan 26 gol.

Pada 17 Jun 2014, Varese melepaskan pilihan mereka lalu menandatangani 50 peratus daripada hak Pavoletti yang dipunyai Sassuolo dalam rundingan pemilikan bersama yang dilaporkan bernilai 800,000 ribu euro.[3] Namun pada hari berikutnya iaitu pada 18 Jun, Sassuolo membawa masuk semula Pavoletti dengan mendapatkan keseluruhan hak yang dimiliki pemain itu yang berjumlah 400,000 euro.[4]

Kembali ke Sassuolo

Prestasi Pavoletti bersama Varese ketika musim 2013–14 dilaporkan telah menarik perhatian kelab Steaua Bucharest, Hoffenheim dan Leeds United.[5] Pavoletti menolak tawaran perpindahan ke Leeds United pada saat-saat akhir jendela perpindahan pada 31 Ogos 2014 dengan mengambil keputusan untuk terus berada di Sassuolo apabila beliau perlu bersaing menjadi barisan serangan kelab bersama penyerang-penyerang lain seperti Simone Zaza, Nicola Sansone dan Domenico Berardi.

Pada 13 Disember 2014, Pavoletti menjaringkan gol sulungnya di Serie A semasa pasukannya tewas 2-1 kepada Palermo.[6]

Selepas tampil dalam lapan perlawanan Serie A dengan kebanyakannya sebagai pemain gantian, Pavoletti sekali lagi dikaitkan dengan perpindahan ke Leeds United pada penghujung Disember 2014. Beliau menghadirkan diri menyaksikan perlawanan antara Leeds menentang Wigan Athletic pada 26 Disember dengan duduk bersebelahan pengarah sukan Leeds, Nicola Salerno, Pavoletti juga melawat tempat latihan Leeds dengan mengharapkan perpindahannya ke kelab itu sebagai pemain pinjaman pada Januari 2015.[7]

Genoa

Pada 29 Januari 2015, selepas beliau menolak perpindahan ke Leeds United, Pavoletti menyertai kelab Serie A, Genoa sebagai pemain pinjaman melalui perpindahan percuma[8][9] bersama pilihan untuk dibawa masuk secara tetap. Dalam rundingan yang sama, Francesco Acerbi juga melengkapkan perpindahan yang bertentangan dari Genoa ke Sassuolo[10] dalam perpindahan yang bernilai 1.8 juta euro. Lorenzo Ariaudo juga berpindah ke Genoa secara pinjaman. Pavoletti menempuh tempoh yang cemerlang di Genoa dengan menjaringkan enam gol dalam sepuluh perlawanan Serie A. Pada 7 Julai 2015, Genoa telah mendapatkan Pavoletti[11] melalui perpindahan yang bernilai 4 juta euro.[9][12]

Napoli

Pada 2 Januari 2017, Pavoletti berpindah ke kelab Serie A, Napoli melalui perpindahan yang bernilai 18 juta euro.[13][14]

Cagliari

Pada 30 Ogos 2017, Pavoletti telah menyertai Cagliari secara pinjaman bersama pilihan untuk dibeli secara tetap pada penghujung musim yang bernilai 10 juta euro sekali gus menjadikan pembelian kelab paling termahal.[15][16] Beliau telah menandatangani kontrak selama lima tahun termasuk 1 juta euro bonus tahunan. Beliau melakukan kemunculan sulungnya untuk Cagliari pada 11 September ketika menewaskan Crotone 1-0 di gelanggang sendiri[17] dan menjaringkan gol pertamanya ketika menentang kelab lamanya, Genoa yang berakhir dengan kekalahan pasukannya 2-3 pada 15 Oktober.[18][19] Beliau menamatkan musim pertamanya di Cagliari dengan menjaringkan sebelas gol dalam 33 penampilannya di Serie A. Sembilan gol daripada jumlah jaringannya itu terhasil melalui jaringan tandukan sekali gus menjadikan beliau menjaringkan gol terbanyak melalui tandukan berbanding mana-mana pemain yang beraksi di liga-liga utama Eropah ketika musim 2017–18.[20]

Pada 25 Ogos 2019, Pavoletti terpaksa diusung keluar daripada permainan sebaik sebelum separuh masa ketika aksi pembukaan liga menentang Brescia. Kemudian, beliau disahkan mengalami kecederaan ACL dan meniskus pada lutut kanannya lalu memaksa beliau berehat sekurang-kurangnya selama tiga bulan.[21][22][23]

Kerjaya antarabangsa

Pada 27 Ogos 2016, Pavoletti telah dipanggil untuk menyertai skuad senior Itali oleh pengurus Gian Piero Ventura untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Perancis dan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Israel.[24]

Pada 15 Mac 2019, Pavoletti dipanggil untuk menyumbangkan khidmat antarabangsanya oleh jurulatih Roberto Mancini untuk menghadapi perlawanan kelayakan UEFA Euro 2020 menentang Finland dan Liechtenstein.[25] Pada 26 Mac, Pavoletti melakukan penampilan sulungnya untuk Itali dengan menjaringkan gol terakhir pasukannya ketika menundukkan Liechtenstein 6-0.[26]

Kehidupan peribadi

Beliau dikenali dengan nama 'Pavoloso' dalam kalangan rakannya. Pavoletti telah bermain tenis sehingga usia sepuluh tahun sebelum beliau mula bermain bola sepak. Bapanya, Paolo merupakan seorang jurulatih tenis. Beliau memiliki seekor khinzir berbaka Vietnam yang bernama Mou.[27]

Statistik kerjaya

Kelab

Sehingga 25 Ogos 2020.[28]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Juve Stabia 2010–11 8 0 0 0 8 0
  Virtus Lanciano 2011–12 33 15 3 1 36 16
  Sassuolo 2012–13 33 11 2 0 35 11
2013–14 2 0 1 1 3 1
  Varese 2013–14 36 20 1 0 2[a] 4 39 24
  Sassuolo 2014–15 9 1 3 0 12 1
Jumlah di Sassuolo 44 12 6 1 50 13
  Genoa 2014–15 10 6 0 0 10 6
2015–16 25 14 1 1 26 15
2016–17 9 3 1 1 10 4
Jumlah 44 23 2 2 46 25
  Napoli 2016–17 6 0 4 0 0 0 10 0
  Cagliari 2017–18 33 11 0 0 33 11
2018–19 32 16 2 2 34 18
2019–20 1 0 1 0 2 0
Jumlah 66 27 3 2 69 29
Jumlah kerjaya 237 97 19 6 0 0 2 4 258 107
  1. ^ Penampilan di play-off penyingkiran liga.

Antarabangsa

Sehingga 26 Mac 2019.[29]
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2019 1 1
Jumlah 1 1

Gol antarabangsa

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
26 Mac 2019 Parma, Itali   Liechtenstein
6–0
6–0
Kelayakan UEFA Euro 2020

Pencapaian

Kelab

Sassuolo

Individu

Catatan

  1. ^ "Leonardo Pavoletti" (dalam bahasa Italian). S.S.C. Napoli. Dicapai pada 13 September 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Sassuolo player fails doping test". Football Italia. 15 January 2012. Dicapai pada 15 January 2012.
  3. ^ "Leonardo Pavoletti, l'uomo duplicato" (dalam bahasa Italian). sportellate.it. 29 March 2016. Dicapai pada 24 May 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ U.S. Sassuolo Calcio S.r.l. bilancio (financial report and accounts) on 31 December 2014 (in Italian), PDF purchased from Italian C.C.I.A.A.
  5. ^ "VIDEO Emoţii pentru Claudiu Keşeru? Steaua a găsit un vîrf care vine din Serie A şi a fost o maşină de goluri sezonul trecut" (dalam bahasa Romanian). Gazeta Sporturilor. 29 November 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Palermo 2 Sassuolo 1". Goal.com. 13 December 2014.
  7. ^ "Pavoletti Given Leeds Tour". Football Italia. 27 December 2014.
  8. ^ Genoa C.F.C. S.p.A. bilancio (financial report and accounts) on 31 December 2015, PDF purchased from Italian C.C.I.A.A. (in Italian)
  9. ^ a b U.S. Sassuolo Calcio S.r.l. bilancio (financial report and accounts) on 31 December 2015, PDF purchased from Italian C.C.I.A.A. (in Italian)
  10. ^ "UFFICIALI: ARIAUDO, LAXALT, PAVOLETTI" (dalam bahasa Italian). Genoa C.F.C. 30 January 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 January 2015. Dicapai pada 7 July 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "Calciomercato: Leonardo Pavoletti ceduto al Genoa" (dalam bahasa Italian). U.S. Sassuolo Calcio. 7 July 2015. Dicapai pada 7 July 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ Nicolò Schira (24 June 2015). "Genoa, Pavoletti riscattato: al Sassuolo vanno 4 milioni" [Genoa, Pavoletti acquired: 4 million go to Sassuolo] (dalam bahasa Italian). La Gazzetta dello Sport. Dicapai pada 26 May 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ "Il Napoli ufficializza l'acquisto di Pavoletti" [Napoli formalizes the purchase of Pavoletti] (dalam bahasa Italian). S.S.C. Napoli. 2 January 2017. Dicapai pada 3 January 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "Sky: Pavoletti to Napoli is done". Football Italia. 13 December 2016. Dicapai pada 25 October 2018.
  15. ^ "Pavoletti in rossoblù" [Pavoletti in "red-blue"] (Siaran akhbar) (dalam bahasa Italian). Cagliari Calcio. 30 August 2017. Dicapai pada 30 August 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ "Cagliari, colpo Pavoletti: al Napoli vanno 10 milioni più bonus". La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Italian). 29 August 2017. Dicapai pada 13 September 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ Iacobellis, Giacomo (11 September 2017). "Cagliari, Pavoletti: "Esordio e vittoria. Ottimo avvio in attesa del gol"" (dalam bahasa Italian). www.tuttomercatoweb.com. Dicapai pada 13 September 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ "Cagliari-Genoa 2-3, Rigoni super" (dalam bahasa Italian). /www.sportmediaset.mediaset.it. 15 October 2017. Dicapai pada 13 September 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. ^ Guerra, Marco (15 October 2017). "Cagliari-Genoa 2-3, pagelle e tabellino". www.cagliarinews24.com (dalam bahasa Italian). Dicapai pada 13 September 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  20. ^ "Cagliari, Pavoletti da record europeo: 9 gol di testa" (dalam bahasa Italian). www.unionesarda.it. 14 May 2018. Dicapai pada 13 September 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  21. ^ "Cagliari sign Simeone, lose Pavoletti". Football Italia. 30 August 2019. Dicapai pada 13 September 2019.
  22. ^ "Cagliari, grave infortunio per Pavoletti: out tre mesi" (dalam bahasa Italian). www.foxsports.it. 30 August 2019. Dicapai pada 13 September 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  23. ^ "Cagliari 0–1 Brescia". ESPN FC. 25 August 2019. Dicapai pada 13 September 2019.
  24. ^ "Italy: Ventura calls new faces". Football Italia. 27 August 2016. Dicapai pada 27 August 2016.
  25. ^ "Italy: Pavoletti & Quag in, Balotelli out". Football Italia. 15 March 2019.
  26. ^ "Euro 2020: Italy hit Liechtenstein for six". Football Italia. 26 March 2019.
  27. ^ Menicucci, Paolo (3 January 2017). "Who is Napoli's new signing Leonardo Pavoletti? - UEFA Champions League - News - UEFA.com". UEFA.com. UEFA. Dicapai pada 4 January 2017.
  28. ^ "Leonardo Pavoletti". Soccerway. Dicapai pada 26 May 2016.
  29. ^ "PAVOLETTI LEONARDO" (dalam bahasa Italian). FIGC Database. Dicapai pada 26 March 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  30. ^ "Bomber Lega Pro, Le Noci e Pavoletti capocannonieri della Prima Divisione B davanti a Evacuo" (dalam bahasa Italian). Lega Pro. 8 May 2012. Dicapai pada 26 May 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar