Bahasa rojak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
MrPutra02 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 26:
 
== Kontroversi penggunaan ==
Penggunaan Bahasa Rojak di Malaysia merupakan satu topik kontroversi oleh keranasebab para pengkaji bahasa menganggapnya sebagai penggunaan bahasa yang tidak betul dan mungkin menimbulkan krisis dalam pembelajaran bahasa. Mereka bimbang bahawa siswa-siswi akan kekurangkan kemahiran menulis dan bertutur sekiranya amalan ini terus berlaku. Satu cadangan untuk membendung gejala ini adalah untuk bertutur dalam bahasa Melayu tulen dalam satu ayat tanpa campuran bahasa lain. Akan tetapi untuk pelajar-pelajar sekolah luar bandar satu-satunya cara untuk melatih kemahiran berbahasa Inggeris mereka adalah dengan menggunakan bahasa itu dalam perbualan seharian. Dengan diri mereka sendiri yang tidak punyai kemahiran dalam bahasa Inggeris, ia sekaligus memberikan pendengar mereka satu gambaran Bahasa Rojak. Ini juga merupakan satu fenomena yang sedang merebak ke bandar.
 
Alasan yang paling popular bagi penggunaan Bahasa Rojak ini adalah untuk menonjolkan kehebatan si penutur menguasai bahasa yang satu lagi, terutama Bahasa Inggeris. Malangnya penggunaan ini juga secara tidak langsung mendedahkan mereka kepada cemuhan orang lain yang melihat mereka sebagai tidak mampu menguasai salah satu daripada bahasa tersebut secara sepenuhnya. Satu fakta yang memang tidak dapat disangkal lagi ialah kebanyakan penutur Bahasa Rojak ini biasanya mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dalam persekitaran berbahasa Inggeris yang sebenar dan ini kerap menyebabkan mereka disalahertikan terutamanya apabila berada di negara-negara barat yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan seharian.<ref>[http://mstar.com.my/kolumnis/cerita.asp?file=/2008/3/3/KOLUM/Pendapat/Lagi_pasal_isu_bahasa&sec=mstar_kolum Lagi pasal isu bahasa! ]</ref>