Dinamik (kumpulan muzik): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 38:
Dalam waktu itu, anggota kumpulan ini sering bertukar ganti. Selepas pengunduran penyanyi asalnya Talib, mereka terus bertukar-tukar penyanyi antaranya Shamsul, Sabai dan Mozri sehinggalah mereka bertemu dengan Jeff (gitar) dan Fauzi (dram) yang turut serta memantapkan perjalanan seni mereka. Beberapa konsert di bahagian Pantai Timur telah disertai mereka, antaranya mengiringi artis Sheeda dan beberapa artis lain. Ini membuatkan mereka semakin dikenali ramai.
 
Perkenalan dengan penerbit Afzainizam Ismail akhirnya mendatangkan tuah buat mereka. Betapa bersyukurnya mereka kerana cita-cita untuk melahirkan album selama ini tercapai jua. Itulah impian bagi kebanyakan kumpulan muzik pada masa itu. Mereka mula berhijrah ke Kuala Lumpur dan menukar nama kumpulan mereka kepada nama DINAMIK.
 
Album pertama Dinamik, ''Revolusi Mental'' telah diterbitkan oleh Afzainizam Ismail di bawah label New Southern Records (NSR). Namun begitu, mereka hanya sempat menyiapkan 2 buah lagu iaitu Tahyul dan Rindu-Rindu apabila penyanyinya, Mozri mengundurkan diri. Tempat Mozri akhirnya digantikan oleh penyanyi bersuara lunak yang berasal dari [[Sarawak]] iaitu [[Nai Dinamik|Nai]] yang menyiapkan rakaman untuk lagu-lagu selebihnya dalam album tersebut.