Virgil van Dijk: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
NikoUMS (bincang | sumb.)
NikoUMS (bincang | sumb.)
Baris 92:
Pada 22 Januari 2017, Van Dijk dilantik sebagai kapten pasukan Southampton setelah perpindahan José Fonte. Pada hari yang sama, beliau mengalami kecederaan pergelangan kaki ketika menentang Leicester City. Masalah kecederaan yang dihadapi menyebabkan beliau terlepas dalam perlawanan akhir Piala Liga Bola Sepak Inggeris 2017, dan menyaksikan pasukannya tewas kepada Manchester United di Stadium Wembley. Setelah musim 2016-17 yang berjaya di Southampton, [[Liverpool F.C.|Liverpool]] telah menaruh minat untuk mendapatkan khidmat Van Dijk atas prestasinya yang baik di Southampton. Van Dijk kemudiannya telah meminta maaf kepada Southampton atas pendekatan yang tidak sah setelah dilaporkan bahawa beliau juga menyatakan minat untuk berpindah ke Liverpool. Pada 7 Ogos 2017, Van Dijk telah membuat permintaan perpindahan terhadap Southampton dan mengeluarkan pernyataan bersamanya dengan menekankan keinginannya untuk menyertai kelab lain di jendela perpindahan.
 
==== MusimAwal awalmusim 2017–18 ====
Van Dijk kekal bersama Southampton buat permulaan kempen [[Liga Perdana Inggeris]] musim 2017-18 dan membuat penampilan pertamanya sejak cedera pada Januari. Beliau kembali sebagai pemain pengganti akhir dalam kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace pada 26 September. Perlawanan tersebut juga merupakan penampilan terakhirnya bersama Southampton dan perkhidmatannya juga dikecualikan berdasarkan spekulasi masa depannya.