Virgil van Dijk: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
NikoUMS (bincang | sumb.)
NikoUMS (bincang | sumb.)
Baris 107:
Pada 20 Ogos 2018, Van Dijk terpilih sebagai pemain terbaik oleh BBC Sport dan Sky Sports kerana penampilannya dalam kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace. Van Dijk juga menerima anugerah Pemain Terbaik Liverpool untuk persembahannya pada bulan Ogos. Pada 2 Disember, Van Dijk membantu kemenangan Liverpool dengan menghasilkan sepakan voli menuju ke hadapan gawang Everton. Kesilapan seterusnya dilakukan oleh penjaga gol Everton, Jordan Pickford yang membolehkan Divock Origi mengambil peluang untuk menjaringan gol kemenangan minit akhir buat Liverpool dalam perlawanan derby menentang pesaing tempatan, Everton. Van Dijk akhirnya dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik PFA untuk bulan November 2018. Pada 21 Disember, beliau menjaringkan gol pertamanya di Liga Perdana buat Liverpool dalam kemenangan 2-0 menentang Wolverhampton Wanderers. Pemain Belanda itu juga meneruskan penampilannya yang hebat pada musim 2018-19 dengan memenangi hadiah Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris untuk bulan Disember 2018.
 
Pada 27 Februari 2019, Van Dijk menjaringkan dua gol dalam kemenangan 5-0 menentang Watford. Pada bulan berikutnya, beliau menjaringkan gol pertamanya buat Liverpool di kejohanan [[Liga Juara-Juara UEFA]] dan juga menghasilkan satu bantuan dalam kemenangan 3-1 ke atas Bayern Munich. Dengan berbuat demikian, beliau menjadi pemain pertama sejak Craig Bellamy pada tahun 2007 yang menjaringkan gol dan menghasilkan bantuan gol buat Liverpool dalam pertandingan peringkat kalah mati di tempat lawan.
 
Pada 20 April, Van Dijk merupakan salah satu daripada enam pemain yang dicalonkan untuk anugerah Pemain Terbaik PFA bersama rakan sepasukannya, [[Sadio Mané]].
 
==== Musim 2019-20: Kejayaan berterusan ====