Perbezaan antara semakan "Melaka"

19 bait ditambah ,  8 bulan lalu
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Melaka juga terkenal dengan makanannya, terutamanya gaya masakan [[Baba dan Nyonya]] yang terdiri daripada gaya masakan Cina dan Melayu. Kebanyakan hidangannya adalah pedas dan berempah. Bagi makanan, Melaka mendapat pengiktirafan daripada ''World Street Food Congress'' untuk Mee Siam Nyonya (ke-34) dan Satay Jalan Kuli (ke-43).<ref>http://wsfcongress.com/wp-content/uploads/2014/10/Top-50-Street-Food-Awards-WSFC17.pdf</ref> Pelbagai hidangan jalanan dan makanan lazat di Melaka termasuk (tetapi tidak terhad kepada) [[Sate|sate celup]]; [[Bebola Nasi Ayam|bebola nasi ayam]]; mi itik; [[Mi wantan|mi wantan gaya Melaka]]; [[Laksa|laksa nyonya]]; ''pai tee'' (juga dikenali sebagai ''pie tee'' dan topi atas); ayam pongteh; asam pedas dengan ikan; makanan laut dan ikan bakar Portugis; ''fishball lobak''; ''coconut shake''; [[Cendol|cendol nyonya]]; [[putu piring]]; dan kuih nyonya.<ref>http://says.com/my/lifestyle/melaka-food</ref>[[Fail:Baba_house.jpg|thumbnail|290px|left|Rumah baba-nyonya di Melaka.]]
 
Sehingga hari kini, kebanyakan [[adat-adat kuno]] yang berasal daripada pendudukan [[Portugis]] masih diamalkan, termasuknya "Intrudu" (sejenis perayaan air yang menandakan permulaan musim [[Lent]], iaitu musim [[puasa]] bagi orang Katolik), "[[Branyo|branyu]]" (sejenis [[tarian tradisional]]) dan "santa cruz" (sejenis perayaan jalan tahunan)
 
Selain daripada pelancongan, Melaka juga menjadi pusat pengeluaran barangan tempatan daripada makanan dan [[barangan konsumer]] kepada barangan komponen-komponen [[senjata]] dan [[Kereta|automotif]] berteknologi tinggi, [[elektronik]] serta komponen-komponen [[komputer]]. Terdapatnya sekurang-kurang 23 kawasan perindustrian yang merangkumi lebih kurang 500 kilang [[Amerika Syarikat]], [[Jerman]], [[Jepun]], [[Taiwan]] dan Singapura.
* [[Gereja St. Paul]]: Dibina pada tahun [[1521]] oleh [[Kapten]] Portugis yang bernama [[Duarte Coelho]], gereja ini yang dinamakan "Our Lady of The Hill" kemudiannya ditukar oleh pihak Belanda kepada tempat [[persemadian]] [[bangsawan]] dan dinamakan "Gereja St. Paul". St. Francis Xavier telah dipelihara di dalam [[kubur|perkuburan]] terbuka gereja ini pada tahun [[1553]] sebelum dibawa dengan kapal ke [[Goa]], [[India]].
* [[Gereja Christ]]: Dibina pada tahun [[1753]], struktur gereja ini melambangkan [[seni reka bentuk]] Belanda yang tulen. Bangunan ini mengandungi bangku gereja yang dibuat oleh tangan, [[siling cahaya matahari]] yang dibina tanpa sambungan, kitab [[Injil]] bersadur [[tembaga]], [[batu nisan]] yang ditulis dalam [[bahasa Armenia]] dan lukisan yang menggambarkan suatu kejadian penting dalam hidup [[Jesus]] iaitu "[[Santapan Terakhir]]".
* [[Gereja St. Francis Xavier]]: Dibina pada tahun [[1849]] oleh Paderi Farve, seorang rakyat [[Perancis]], menara gereja ini dibina khas bagi memperingati St. [[Francis Xavier]]. Dikenali sebagai "[[Mubaligh Sulung]] di Timur" (''Apostle of the East''), St. Francis Xavier dikenang dengan kerja-kerja [[dakwah]] menyebarkan [[agama]] Katolik di [[Asia Tenggara]] pada [[abad ke-16]].
* [[Bangunan Stadthuys]]: Dibina pada tahun [[1650]] sebagai penempatan rasmi [[Gabenor]] Belanda dan Timbalan Gabenor, struktur bangunan ini melambangkan seni reka bentuk Belanda. Ia kini menjadi "Muzium Sejarah dan [[Etnografi]]". Paparan harian [[muzium]] ini ialah [[pakaian pengantin tradisional]] dan [[artifak]] dari zaman kegemilangan Melaka.