Dahlan Zainuddin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 23:
[[Datuk (gelaran)|Datuk]] '''Mohd Dahlan bin Zainuddin''' (2 Jun 1941–28 Mei 2019) merupakan seorang penyanyi [[Malaysia]], terkenal dengan lagu "Kisah Seorang Biduan". Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai penyanyi selepas memenangi kategori "Persembahan Keseluruhan Terbaik" dalam pertandingan [[Bintang RTM]] pada 1975. Beliau juga telah mencipta sejarah apabila menjadi penyanyi tempatan pertama yang mendapat peluang untuk mengadakan konsert di [[Stadium Negara]] pada tahun 1978. Selain itu, beliau merupakan anak kepada pelakon bangsawan yang pernah berhijrah ke [[Singapura]] sewaktu usianya mencecah lapan tahun dan kemudiannya menetap di [[Kuala Lumpur]] pada tahun 1965.<ref>[http://m.utusan.com.my/Hiburan/20120630/hi_05/Dahlan-superstar-era-70-an Dahlan superstar era 70-an] ''[[Utusan Malaysia]]'' (30 Jun 2012). Dicapai pada 1 Julai 2012.</ref>
 
Beliau juga pernah membintangi filem ''[[Kisah Seorang Biduan (filem)|Kisah Seorang Biduan]]'' bersama [[Gaya Zakry]]. Selain itu, beliau sering dilihat sebagai seorang pengacara apabilapernah menjadi pengacara ''[[Bintang RTM|Hiburan Minggu Ini]]'' (HMI) sekitar tahun 1970-an.<ref>Farihad Shalla Mahmud (17 Mei 2018). [https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/05/430948/berilah-saya-peluang-menyanyi-dahlan-zainuddin Berilah saya peluang menyanyi - Dahlan Zainuddin] ''[[Berita Harian]]''. Dicapai pada 27 Mei 2018.</ref> Di samping itu, beliau pernah menjadi kakitangan bagi akhbar ''[[New Straits Times]]''.
 
Beliau telah berkahwin dengan penyanyi Effa Rizan pada tahun 1977. Beliau sebelum ini pernah menghidap angin ahmar pada 29 Jun 2016.<ref>Dennis Chua (11 Februari 2017). [https://www.nst.com.my/news/2017/02/211363/passion-keeps-dahlan-going Passion keeps Dahlan going] ''[[New Straits Times]]''. Dicapai pada 30 Mei 2017.</ref>