Perbezaan antara semakan "Perniagaan dadah haram"

k (Bot: Memindahkan 21 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q844924)
 
 
Perdagangan dadah haram beroperasi sama seperti pasaran gelap lain. Organisasi pembekal dadah (kartel dadah) mengkhususkan dalam proses yang berlainan di sepanjang rantaian bekalan, selalunya di peringkat tempatan untuk memaksimumkan kecekapan pengeluaran dan meminimumkan kerosakan yang diakibatkan oleh penguatkuasaan undang-undang. Kartel-kartel ini selalunya berbeza dari segi saiz, konsistensi dan organisasi bergantung kepada keuntungan yang diperolehi bagi setiap peringkat. Rantaian ini boleh dikatakan dari pembekal jalanan yang mungkin di kalangan pengguna dadah sendiri, geng jalanan dan orang tengah, kepada empayar multinasional seumpama sebuah kerajaan dari segi saiz. Laporan PBB menyebut perdagangan dadah dunia menghasilkan sekitar $321.6 bilion pada tahun 2003. Perdagangan dadah haram dianggarkan berjumlah 1% daripada jumlah perdagangan dunia jika mengambil kira $36 trilion [[KDNK]] dunia pada tahun yang sama.
 
== Lihat juga ==
* [[Korupsi]]
 
==Rujukan==
Pengguna awanama