Perang Saudara Jementah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 13:
 
== Latar belakang ==
Meletusnya perang Jementah pada 25 Oktober 1879 adalah disebabkan oleh "Sekeping Kertas" yang merupakan wasiat Duli Yang Maha Mulia [[Sultan Ali Iskandar Shah]], Yang Dipertuan Negeri Kesang. Beberapa jam sebelum mangkat, Sultan Ali telah mewasiatkan takhta negeri kepada penggantinya iaitu Yang Maha Mulia Tengku Mahmood yang berumur 11 tahun, putera Almarhum Sultan dan isteri ketiganya iaitu orang kebanyakan.
 
Pelantikan melalui wasiat ini telah ditentang oleh Tengku Alam Shah, putera sulung baginda daripada isteri tuanya. Tengku Alam Shah yang tidak berpengaruh itu telah membantah tindakan [[Kolonel Archibald A Anson]], Pemangku Gabenor yang meletakkan jajahan Kesang di bawah pentadbiran Duli Yang Maha Mulia Maharaja Abu Bakar buat sementara waktu.