Search (kugiran): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 41:
Selepas meninggalkan Polygram, kumpulan Search telah menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Go-Search Sdn. Bhd. dan memeterai perjanjian dengan Pacific Music Corporation (kemudian dikenali sebagai [[BMG|BMG Pacific]]) untuk mengedar semua album mereka sepanjang 1990-an. Mereka kemudiannya merakamkan album pertama mereka di bawah label Go-Search iaitu ''[[Fenomena (album Search)|Fenomena]]'' untuk dikeluarkan pada tahun 1989. Album ini juga merupakan album studio pertama mereka yang dikeluarkan dalam bentuk [[cakera padat]], setahun selepas versi [[kaset]]nya.<ref name=fenomena>[http://www.muzikrock.com/album/fenomena_01.html Fenomena], Muzik Rock. Dicapai pada 17 Januari 2010.</ref>
 
Namun ketika proses rakaman album Fenomena sudah melebihi 50 peratus untuk disiapkan, Search menghadapi ujian getir apabila Hillary Ang keluar dari kumpulan ini untuk mengejar kerjaya solonya. Tempat Hillary kemudiannya digantikan oleh [[Hamzah bin Mohd Taib]] atau Kid, seorang gitaris muda berusia 22 tahun yang pernah mencipta nama bersama kumpulan [[kumpulan Gersang|Gersang]] yang juga merupakan adik kepada Din.<ref name=fenomena/> Penyertaan Kid tepat pada masanya apabila beliau melengkapkan solo untuk tiga lagu yang tidak sempat disiapkan sebelum ini iaitu lagu malar segar ''[[Isabella (lagu)|Isabella]]'', ''Purnama'' & ''Menara Kesesatan''. Sentuhan gitar utama Kid yang 'berhantu' dalam lagu Isabella ternyata mencetuskan satu fenomena yang sangat luar biasa sepertimana judul album ini apabila terjual melebihi 220,000 unit di Malaysia dan melebihi 600,000 unit di Indonesia,<ref name=budiey/> sekaligus menjadikan Fenomena sebagai album terbaik dan terlaris yang pernah dikeluarkan oleh Search.
 
Kejayaan album ini juga menjadikan mereka aktif membuat persembahan secara ''live'', termasuk jelajah Konsert Isabella yang diadakan di Kota Bharu, Alor Star dan Kuala Lumpur pada pertengahan tahun 1989. Persembahan mereka kemudian dilanjutkan ke tahun 1990 yang diadakan di Kuantan dan Jakarta, Indonesia.<ref name=search01/> Tidak cukup dengan itu, Search telah melebarkan sayap apabila semua anggota Search berlakon dalam dua buah filem iaitu ''[[Fenomena (filem)|Fenomena]]'' dan ''[[Isabella (filem)|Isabella]]'',<ref name=search01/> di mana kedua-dua filem ini diilhamkan daripada lagu ''Isabella''.<ref>{{cite news|title= Having fun 'canning' Isabella |author=Saleha Ali |work=New Straits Times (Times Two) |page=10 |date=23 Mei 1990 |url=http://news.google.com/newspapers?id=SboTAAAAIBAJ&sjid=cZADAAAAIBAJ&pg=6313,2266502&dq=having+fun+canning+isabella&hl=en |accessdate=19 Januari 2010 }}</ref> Kedua-dua filem ini meletakkan Amy sebagai pelakon utama dan sedikit sebanyak mengundang kontroversi kerana terdapat adegan berciuman.<ref>{{cite news|title=Pulling 'em in with Search and hype|author=Lim, Elaine |work=New Straits Times (Times Two) |page=25 |date=27 Ogos 1990 |url=http://news.google.com/newspapers?id=LLYTAAAAIBAJ&sjid=O5ADAAAAIBAJ&pg=6796,4028539&dq=search+malaysia+amy&hl=en |accessdate=19 Januari 2010 }}</ref>