KAMI - The Series: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 55:
;Ali ([[Syarul Ezani Bin Mohamed Ezzuddeen]]): Anak seorang usahawan yang ingin menceburi diri dalam bidang muzik tetapi kurang berkeyakinan diri untuk meneruskan cita-citanya dan juga suka memendamkan perasaan. Ali pernah menjalani program pemulihan dadah dan sedang berusaha untuk mendapatkan kembali kepercayaan ibu terhadap dirinya, tetapi melihatkan keretakan perkahwinan ibubapanya yang disebabkan oleh kemerosotan urusniaga bapanya dan kedinginan ibu terhadap dirinya mula memberi tekanan kepada Ali.
;Sofie ([[Juliana Evans]]):Seorang gadis jelita yang ingin diambil serius kerana kepandaiannya dan bukan kerana paras rupanya. Seperti Ali, Sofie juga membesar melihatkan keretakan perkahwinan ibu bapanya. Kini setelah ibunya meneruskan perceraian buat kali kedua, Sofie mula berasa tertekan menurut kehendakan ibunya yang ingin membentuk Sofie sebagai isteri yang sempurna. Pengaruh ibunya juga telah menjejaskan hubungan antara Sofie dengan Ali.
;Abu ([[Nas -T Muammar Zar]]):Kawan setia Ali yang sentiasa boleh diharapkan dan seorang yang suka bergurau dan pandai mengambil hati. Di sebalik paras rupa yang ceria itu, Abu sebenarnya menyimpan perasaan sedih kerana sikap dingin Bapanya disebabkan peristiwa silam. Tetapi penglibatan Abu dalam kecurian dan pergaduhan merenggangkan lagi perhubungan antara dia dan bapanya.
;Adii ([[Ani Zayanah Ibrahim]]):Sepupu Ali yang ceria perwatakannya dan sentiasa inginkan rakan-rakannya gembira. Walaupun terpaksa berhadapan dengan masalah pendengaran ibunya yang menimbulkan situasi-situasi yang memalukan, Adii sentiasa cuba bersikap positif. Hubungan yang dijalinkan bersama seorang lelaki yang ditemui menerusi laman web tidak kesampaian apabila lelaki itu menghilangkan diri secara misteri. Sungguhpun begitu, Adii tetap menaruh harapan untuk bertemu dengannya.