Hieroglif Mesir: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kururubot (bincang | sumb.)
k Link FA & GA kini dikendalikan oleh Wikidata
Tiada ringkasan suntingan
Baris 11:
'''Hieroglif Mesir''' (dari [[Bahasa Yunani Purba]] {{lang|grc-Grek|ἱερογλύφος}} "ukiran suci") merupakan [[tulisan]] formal yang dipakai oleh orang [[Mesir Purba]] yang merangkumi gabungan unsur-unsur [[logogram]] dan [[abjad]]. Orang Mesir menggunakan [[hieroglif kursif]] untuk mengarang sastera keagamaan pada bahan [[papirus]] dan kayu. Bentuk-bentuk alin tulisan ini yang kurang formal, iaitu [[tulisan hieratik]] dan [[Tulisan demotik|demotik]], bukannya hieroglif dari segi teknik.
 
== Etimologi. ==
Istilah "hieroglif" berasal dari kata sifat [[bahasa Yunani|Yunani]] {{polytonic|ἱερογλυφικά}} (''hieroglyphiká''), iaitu kata majmuk yang terdiri dari {{polytonic|ἱερός}} (''hierós'' 'suci') dan γλύφω (''glýphō'' 'mengukir'; rujuk [[glif]]). Glif-glif ini sendiri dipanggil {{polytonic|τὰ ἱερογλυφικά γράμματα}} (''tà hieroglyphiká grámmata,'' 'huruf-huruf ukiran suci'). Istilah "hieroglif" sudah menjadi kata nama baik dalam bahasa Inggeris mahupun Melayu, yang bermaksud aksara hieroglif individu.
 
Baris 20:
[[Batu Rosetta]] merupakan penemuan hieroglif tergempar dalam sejarah moden apabila dijumpai sekitar tahun [[1799]]. Tokoh yang diberi penghargaan kerana mentafsir batu bersurat tersebut ialah [[Jean-Francois Champollion]]. Penemuan Batu Rosetta mencetuskan banyak lagi penemuan catatan hieroglif. Champollion mengenal pasti serba sedikit bahasa Yunani pada batu ini. Seorang lelaki bernama Thomas Young pula dapat menemui kata-kata “dan” dan “raja” dari tulisan demotiknya.
 
== Sistem tulisan. ==
{{IPA notice}}
 
Pada penglihatan, tulisan hieroglif semuanya lebih kurang berbentuk kiasan: aksara-aksara ini melambangkan unsur-unsur nyata mahupun ilusi, adakalanya diolah bergaya atau diringkaskan, namn secara amnya semuanya mudah sekali dikenal pasti bentuknya. Bagaimanapun, bergantung pada konteks, satu aksara yang sama boleh ditafsir macam-macam caranya, iaitu sebagai fonogram (bacaan [[fonetik]]), [[logogram]], ataupun [[ideogram]] ([[semagram]]; "[[penentu]]") (bacaan [[semantik]]). Penentu itu tidak digunakan sebagai unsur fonetik, tetapi memudahkan pemahaman dengan membezakan perkataannya dari [[Homofon|homofon-homofonnya]].
 
=== Bacaan fonetik. ===
[[Fail:Egypt Hieroglyphe4.jpg|right|300px|thumb|Hieroglif yang biasa ditulis ketika zaman Yunani-Rom]]
Kebanyakan aksara hieroglif bersifat fonetik, iaitu aksara itu dibaca tidak mengikut sifat visualnya (mengikut resmi teka-teki ''[[teka-teki rebus|rebus]]'' yang mana, contohnya, gambar mata boleh melambangkan perkataan Inggeris ''eye'' dan ''I'' [kata ganti nama pertama]). Maka terrbentuknya fonogram, sama ada satu konsonan (aksara ''mono-'' atau ''[[aksara uniliteral Mesir|uniliteral]]'') dua konsonan (aksara ''[[aksara biliteral Mesir|biliteral]]'') mahupun tiga (aksara ''[[Egyptiaksara triliteral Mesiran triliteral signs|triliteral]]''). 24 aksara uniliteral membentuk abjad hieroglif lengkap. Tulisan hieroglif Mesir tidak termasuk aksara vokal, oleh itu dianggap sebagai sejenis [[abjad konsonan]], sama dengan [[abjad Arab]].
Baris 43:
Begitu juga dengan kebanyakan tulisan purba, kata-kata tidak dipisahkan oleh jarak atau tanda baca. Walaupun begitu, sesetengah aksara hieroglif tertentu selalu muncul di akhir kata, menmudahkan proses membezakan kata-kata.
 
== Pautan luar. ==
{{Commonscat|Egyptian hieroglyphs}}
* [http://www.aldokkan.com/art/hieroglyphics.htm Ancient Egyptian Hieroglyphics - Aldokkan]