Usop Wilcha: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pembetulan tarikh lahir.
Baris 49:
 
===Muzik===
Beliau memulakan langkah seni dengan menjadi penyanyi dan sempat melahirkan sebuah album bertajuk ''Terasing Di Bumi Sendiri'' edaran syarikat Ambang Klasik pada 1996. Walau bagaimanapun, percubaan beliau tidak berjaya dan hanya bertahan kurang daripada setahun.<ref>https://archive.is/20120708000206/farhanadankamu.blogspot.com/2011/04/kenangan-lama-mengimbau-kembali-shy8.html</ref> Lagu "Terasing di Bumi Sendiri" nyanyian beliau menjadi lagu tema bagi kempen anti [[AIDS]] oleh [[Kementerian Kesihatan Malaysia]] dan muzik videonya juga disiarkan di [[RTM]] dan [[TV Pendidikan]]. Beliau juga menyanyikan lagu ini secara langsung dalam rancangan ''[[Muzik Muzik]]'' di [[TV3]].
 
===Lakonan===
Selepas gagal dalam bidang nyanyian, beliau menumpukan kepada bidang lakonan dan akhirnya beliau berjaya mendapat tawaran berlakon sebagai pelakon tambahan dalam beberapa drama. Perkenalan beliau dengan pengarah [[Mamat Khalid]] membawa lembaran baru bagi beliau brjaya mendapat tawaran berlakon beberapa drama arahan beliau<ref>http://web.archive.org/20110410002101/boloque.blogspot.com/2011/04/siapa-usop-wilcha-sebenarnya-syed.html</ref>.
[[Imej:UsopWilchaHKLBR02.jpg|right|thumb|180px|Memegang watak sebagai Usop Wilcha dalam ''Hantu Kak Limah Balik Rumah'']]
 
Baris 60:
 
===Radio===
Pada pertengahan 2011, beliau mendapat tawaran sebagai penyampai radio untuk [[Hot FM]] apabila aksi beliau semasa ABPBH 2010 mendapat perhatian ramai. Beliau bersama [[Fara Fauzana]], [[Faizal Ismail]], dan AG mengisi slot ''Hot FM AM Krew'' dan keudara pada 6-10 pagi, Isnin hingga Jumaat<ref>http://www.gua.com.my/hiburan/berita-hangat/Usop_Wilcha_Bako_Studio_Hot_FM.html</ref>.
 
Kini, beliau telah menamatkan khidmatnya sebagai penyampai radio. Beliau ingin menumpukan perhatian bersama keluarga dan masih meneruskan kerja-kerja beliau dan meneruskan pengambaran filem bersama Mamat Khalid<ref>http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_hiburan&file=/2012/8/9/mstar_hiburan/20120808171005</ref>.
 
==Kehidupan peribadi==