Orang Suluk: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 18:
Kaum ''Suluk'' atau ''Tausūg'' ialah majoriti di Kepulauan Sulu dan bahasanya iaitu Bahasa Sūg ialah bahasa perantara atau ''lingua franca'' sebelum era kesultanannya lagi hingga kini. Kaum Suluk atau Tausug berasal daripada rumpun Melayu-Polinesia (Austronesia) sebagai mana masyarakat Nusantara di sekitarnya. Bahasa Sug yang dituturi mereka adalah mirip bahasa Melayu lama bercampur bahasa Arab dan bahasa etnik lain di sekitar Mindanao. Mengikut sejarah, bahasa asal Suluk sebenarnya adalah daripada bahasa asal Orang Tagimaha (Taguima dari Basilan).
 
Mengikut sumber daripada ''Salsilah Sulu'' yang dicatat oleh pencatat sejarah Najeeb Saleeby dalam bukunya ''The History Of Sulu (Manila: 1908),'' suku kaum Tausug ini dan bahasanya berasal daripada beberapa etnik yang bergabung iaitu Buranun, Tagimaha, Baklaya, Orang Dampuan dan Orang Banjar. Suku kaum Buranun atau Bud Anun yang bererti orang bukit ialah salah satu subetnik orang Dayak yang mendiami Kepulauan Sulu. Suku kaum Buranun telah di-Islamkan oleh Sharifful Hashim dan orang-orang Bajau yang mengiringi Shariful Hashim dari Johor dan orang-orang Taguimaha (nenek moyang orang-orang Bajau Yakan) yang mengiringi Raja Baguinda dari Pulau Basilan. Mereka berhijrah ke Kepuluan Sulu sehingga terbentuk satu masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat Tausug''' di Sabah mereka berpecah kepada kategori iaitu Suluk Jebsen, Suluk Syabu, Suluk penempatan haram dan sebagainya.'''
 
== Demografi ==