Sekolah Menengah Kebangsaan Ken Hwa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Cccefalon (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
*update
Baris 37:
Sejarah penubuhan SM Ken Hwa bermula pada 23hb Julai 1965 yang pada ketika itu, daerah Keningau tidak mempunyai sekolah menengah yang menawarkan mata pelajaran Bahasa Cina untuk murid-murid lepasan Sekolah Rendah Cina. Mereka yang telah tamat pengajian di Sekolah Rendah Cina tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah kerana sekolah yang menawarkan subjek Bahasa Cina berada jauh dari Keningau. Malahan, kebanyakan ibu bapa pada ketika itu berada dalam kehidupan yang susah dan menghadapi masalah kekangan hidup. Justeru, satu mesyuarat khas telah diadakan di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Yin yang dianjurkan oleh Sabah Chinese Association. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh para pemimpin masyarakat setempatm, para dermawan dan sukarelawan. Mesyuarat tersebut telah sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan sebuah sekolah menengah aliran Bahasa Cina di daerah Keningau. Sehubungan itu, pada 21hb Mac 1967, sebuah jawatankuasa pengelola telah ditubuhkan yang dipengerusikan oleh En. Chow Shian Zhon manakala Datuk Lee Sen dilantik sebagai sebagai pegawai khas bersama 11 orang jawatankuasa pengelola. Jawatankuasa tersebut akhirnya telah bersependapat untuk mendirikan sebuah sekolah menengah yang dinamakan Sekolah Menengah Ken Hwa. Jawatankuasa tersebut telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan 2 buah bilik darjah melibatkan pelajar Tingkatan 1 dan 2 sebagai langkah permulaan.
Penubuhan sebuah sekolah menengah bantuan kerajaan aliran Cina di Keningau sememangnya menghadapai pelbagai kekangan dan cabaran. Walau bagaimanapun, kesungguhan dan komitmen yang jitu ditunjukkan oleh Datuk Lee Sen dengan kerjasama para sukarelawan akhirnya membuahkan hasil. Jawatankuasa tersebut telah berusaha dengan mengutuskan surat rasmi melalui Pemangku Ketua Menteri Sabah kepada Kementerian Pelajaran Pusat dan Jabatan Pelajaran Sabah bagi memberikan penjelasan tentang situasi kesulitan dalam kalangan masyarakat setempat akibat ketiadaan sebuah sekolah menengah aliran Cina. Justeru, pada 18hb November 1967, pihak Kementerian Pelajaran akhirnya memberi kelulusan untuk pembinaan Sekolah Menengah Aliran Cina di Keningau. Lembaga Pengurusan Sekolah yang pertama telah berjaya ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Datuk Lee Sen pada 3hb Disember 1967. Sekolah tersebut telah didaftarkan dengan rasminya sebagai Sekolah Menengah Aliran Cina bantuan kerajaan pada 8hb Disember 1967. Pada tahun 2020 sekolah ini ditutup disebabkan Covid-19.
 
==Logo ==