Dinamik (kumpulan muzik): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 34:
Pada tahun 1988, mereka mencuba nasib dengan menyertai pertandingan Juara Rock Tenggara '88. Beberapa kumpulan rock lain juga turut bertanding. Hasil usaha keras dan kegigihan mereka, Eye’s Killer telah menjadi juara dalam pertandingan itu.
 
Ekoran kejayaan itu, mereka ditawarkan untuk merakamkan album bersama beberapa kumpulan rock lain dalam album yang berjudul War Rock 3 pada tahun 1989. Dalam album tersebut, mereka berpeluang menyelitkan beberapa buah lagu hasil ciptaan sendiri. Kumpulan [[Kumpulan Spring|Spring]], Mentari dan Cakrawala turut sama merakamkan lagu dalam War Rock 3 yang dirakamkan di [[Seremban]], [[Negeri Sembilan]]. Malangnya, album itutersebut tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Namun begitu, mereka tidak patah semangat malah mereka terus mengorak langkah dan kembali menumpukan perhatian terhadap latihan muzik.
 
Dalam pada itu, anggota kumpulan ini telah bersilih ganti. Selepas pengunduran penyanyi asalnya Talib, mereka terus bertukar-tukar penyanyi antaranya Shamsul, Sabai sehinggalah Mozri menyertai mereka sebagai vokalis tetap. Kumpulan ini kemudiannya bertambah menjadi lima orang anggota dengan kemasukan Jeff (gitar) dan Fauzi (dram - menggantikan Lie) untuk memantapkan lagi perjalanan seni mereka. Beberapa konsert di bahagian Pantai Timur telah disertai mereka, antaranya mengiringi artis Sheeda dan beberapa artis lain. Ini membuatkan mereka semakin dikenali ramai.