Wikipedia:Rencana tunas: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Membatalkan semakan 4857233 oleh 2804:D55:52D6:DA00:789F:EA6F:480B:B07F (Perbincangan) Teg: Buat asal |
||
Baris 1:
lebib.
== Maklumat penting ==
Sebuah rencana tunas ialah sebuah rencana yang terlalu pendek, tetapi tidak pendek sehingga tidak berguna. Secara amnya, rencana tunas harus mempunyai panjang yang cukup untuk mentakrifkan tajuk rencana, dan biasanya merupakan tiga sehingga sepuluh patah ayat yang pendek. Perhatikan bahawa rencana yang lebih panjang bagi topik yang rumit mungkin masih dianggap sebagai rencana tunas; sebaliknya, sebuah rencana pendek mengenai topik yang amat sempit ruang lingkupnya mungkin bukannya rencana tunas.
Cara yang lain untuk mentakrifkan sebuah rencana tunas ialah rencana itu tidak cukup lengkap sehingga seorang penyunting yang tidak mengetahui banyak atau langsung tidak tahu tentang topik itu boleh memperbaik kandungnya selepas carian Web yang pantas atau selepas beberapa minit di dalam perpustakaan. Sebuah rencana yang boleh diperbaik hanya oleh seorang penyunting yang berpengetahuan, atau selepas penyelidikan yang mendalam, tidak dipanggil sebagai rencana tunas.
Rencana-rencana panjang yang tidak mempunyai [[Wikipedia:Glosari#W|wikifikasi]] (format Wikipedia) atau [[Salinan Suntingan|salinan suntingan]] (iaitu pengemaskinian oleh penyunting lain) biasanya tidak dianggap sebagai rencana tunas. Kaedah yang biasa ialah untuk memasukkan [[Wikipedia: Sumber pengemaskinian|teg pengemaskinian]] kepada rencana itu. Perhatikan bahawa rencana-rencana pendek yang tidak mempunyai banyak maklumat mungkin akan dicalonkan untuk [[Wikipedia:Polisi Penghapusan|penghapusan]] atau untuk [[Wikipedia: Polisi Penggabungan|penggabungan]] dengan rencana lain yang berkaitan. Wikipedia bukan sebuah kamus, tetapi mempunyai projek kembar, iaitu [[Wiktionary]]. Jika rencana anda terlalu pendek, pertimbangkanlah pengalihannya ke Wiktionary atau, lebih baik, tambahkanlah lebih banyak maklumat untuk rencana anda.
=== Membuang status tunas ===
Selepas sebuah rencana tunas telah dikembangkan dengan betul dan menjadi rencana yang benar berbanding hanya sebuah rencana tunas, anda atau mana-mana satu penyunting boleh mengeluarkan teg rencana tunas daripada rencana itu. Tindakan [[Wikipedia:Penyelia|penyelia]] atau keizinan rasmi tidak diperlukan.
=== Pengkategorian tunas ===
Selepas menulis atau selepas mencapai rencana yang pendek, seseorang penyunting harus memasukkan apa yang dipanggil ''templat tunas'' yang memungkinkan rencana itu ditandai sebagai rencana tunas. Menurut kelaziman, templat rencana tunas itu harus diletakkan di bawah rencana. Oleh sebab pengenalpastian rencana tunas dipaparkan dalam halaman rencana sebelum butir-butir seperti kategori dan pautan antara bahasa Wiki, templat itu biasa diletakkan pada akhir rencana, selepas bahagian ''Pautan luar'' (jika ada), dan sebelum kategori.
Templat rencana tunas terdiri daripada dua bahagian yang berbeza:
* satu pesanan ringkas yang menyatakan bahawa rencana itu merupakan sebuah rencana tunas bagi sesuatu jenis yang tertentu, dan menggalakkan penyunting untuk mengembangkannya;
* pautan kategori yang meletakkan rencana ke dalam ''kategori rencana tunas'', bersama-sama dengan rencana-rencana tunas lain yang berkenaan dengan perkara yang sama.
Keperluan untuk kategori-kategori rencana tunas tertimbul apabila kategori rencana tunas utama — {{tl|tunas}}— menjadi begitu penuh sehingga tertimbulnya kesulitan untuk mencari rencana-rencana tentang sesuatu topik yang tertentu. Melalui kategori-kategori rencana tunas, seseorang penyunting, umpamanya seorang [[ahli biologi]], boleh mencari rencana-rencana tunas melalui teg {{tl|tunas-biologi}} dengan mudah untuk mengembangkan, mengeluarkan, atau mengubahsuaikan bahan-bahan dalam rencana.
Secara amnya, [[kelaziman penamaan]] untuk templat rencana tunas ialah ''tunas-topik''; untuk senarai lengkap bagi templat-templat ini, rujuklah kepada [[Wikipedia:WikiProjek pengisihan rencana tunas/Jenis rencana tunas]]. Ketika menandai rencana-rencana sebagai rencana tunas, sila memastikan ketepatan dengan seberapa mungkin. Perbuatan ini akan menjimatkan masa penyunting-penyunting yang lain pada masa hadapan. Jika sebuah rencana bertindih dengan sebilangan kategori, lebih daripada satu templat boleh digunakan. Bagaimanapun, bubuhkanlah hanya templat-templat rencana tunas yang berkaitan rapat. Untuk kes-kes seperti biografi, kewarganegaraan tokoh itu juga harus ditunjukkan. Ini boleh mengambil bentuk templat tambahan, seperti {{tl|tunas-bio-Mesir}}, atau sebagai perbaikan untuk templat yang lain, umpamanya {{tl|tunas-artis-AS}}.
Kegiatan-kegiatan mengenai rencana tunas berpusat di [[Wikipedia:WikiProjek pengisihan rencana tunas]] (cara mudah [[WP:WSS]]). Projek itu harus merupakan rujukan anda yang utama mengenai perkara ini.
=== Rencana tunas yang ideal ===
Sewaktu anda menulis sebuah rencana tunas, anda harus mengingati bahawa matlamat utamanya ialah untuk rencana itu diperkembangkan. Oleh itu, rencana tunas anda harus mengandungi maklumat yang mencukupi untuk menjadi dasar bagi penyunting-penyunting lain berbuat demikian. Penyelidikan awal anda boleh dibuat melalui buku-buku atau enjin-enjin carian, seperti [[Google]], [[Yahoo!]], [[Clusty]] atau [[MSN Search]]. Anda juga boleh menyumbang dengan ilmu yang anda telah memperoleh daripada sumber-sumber lain, tetapi adalah berguna jika anda membuat sedikit penyelidikan terlebih dahulu untuk memastikan bahawa versi fakta anda adalah betul dan dari [[Wikipedia:Sudut pandangan berkecuali|sudut pandangan berkecuali]].
Mulakanlah dengan memberikan takrif atau pemerihalan topik yang berkenaan. Elakkan [[kesilapan takrif]]. Oleh sebab pemberian takrif kekadang tidak mungkin, anda harus menulis sebuah pemerihalan yang bermaklumat mengenai topik itu. Umpamanya, nyatakanlah mengapa seorang tokoh adalah masyhur, di mana sesuatu lokasi ditempatkan dan apakah tempat itu amat dikenali, atau nyatakan perincian yang asas untuk sesuatu peristiwa dan bila peristiwa itu berlaku.
Kemudian, anda harus mencuba mengembangkan takrif asas itu. Kaedah penyelidikan anda yang disebut di atas akan memberikan anda maklumat yang mencukupi untuk mengemukakan perkara-perkara yang asas bagi topik itu. Sewaktu anda mempunyai beberapa ayat yang baik, anda harus mencipta pautan dalaman untuk perkataan yang penting supaya pengguna yang tidak biasa dengan selok-belok sebenar untuk topik itu dapat memahami apa yang anda menulis dalam rencana itu.
Elakkan penciptaan pautan yang tidak perlu; jika anda berasa ragu-ragu, anda harus menggunakan butang pratonton dan cuba membaca rencana anda dari sudut pandangan seseorang yang tidak pernah mempunyai pendedahan terhadap maklumat dalam rencana anda. Jika tidak terdapat perkataan yang susah difahami atau yang relevan, jangan ciptakan sebarang pautan.
Selepas anda telah menyerahkan rencana anda, beberapa tindakan boleh terjadi. Seorang penyunting yang minat mungkin akan mengembangkannya, ataupun anda sendiri boleh mengembangkannya apabila anda memperoleh lebih maklumat tentang topik itu atau sewaktu anda mempunyai lebih masa lapang.
=== Mengesan rencana tunas ===
: [[:Kategori:Kategori tunas]]
: [[:Kategori:Tunas]]
: [http://en.wikipedia.org/wiki/User:Triddle/tunassensor Tunassensor]: ''skrip yang mengesan rencana panjang yang mengandungi teg rencana tunas dan digunakan untuk mengendalikan [[User: Triddle/cleanup|projek pengemaskinian]] berkala''.
: [[Khas:Laman dikehendaki]]
: [[Khas:Laman pendek]]
== Maklumat tambahan ==
|