Dinamik (kumpulan muzik): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 44:
Dua buah single dari album ini, ''Antara Gadis'' dan ''Dilema Rindu'' nyanyian Nai telah melonjakkan nama Dinamik di persada muzik tempatan apabila menjadi antara lagu yang mendapat sambutan hangat di tanah air pada tahun 1991. Dalam masa 5 bulan sahaja, album ini telah terjual sebanyak 400,000 unit lalu menjadikan Dinamik sebagai salah satu kumpulan rock yang amat popular pada waktu itu. Kejayaan album tersebut juga membawa tuah buat mereka apabila mara ke pertandingan akhir Juara Lagu 1991 menerusi lagu ''Antara Gadis''.
 
Kejayaan ini kemudiannya diikuti dengan album kedua mereka yang berjudul ''Repplika'' yang mencatatkan jualan tertinggi di Malaysia dengan lagu hitnya, ''Biar Putih Tulang'' dan sebuah lagu hasil ciptaan vokalisnya sendiri iaitu ''Lelengau'' (''Rindu'' dalam bahasa Iban). Dalam album ini, Norin (gitar) dan Fauzi (dram) telah keluar dan digantikan dengan Leman di posisi dram, menjadikan kumpulan ini tinggal 4 orang anggota sahaja.
 
Waktu itu Dinamik tidak putus-putus menerima undangan show dari serata tanahair. Sambutan yang diberi oleh pengunjung dan peminat-peminat amat meriah. Begitu juga halnya ketika mereka membuat persembahan di SingaporeSingapura, Thailand dan kepulauan Riau. Ramai yang datang menyaksikan persembahan Dinamik.
 
Surat-surat dan hadiah-hadiah dari peminat tidak terkira banyaknya. Sebanyak 2 guni surat-surat peminat diterima oleh Dinamik setiap bulan termasuk lukisan potret dan cenderamata. Ada juga peminat yang mengajak anggota-anggota kumpulan ini bercinta dan berkahwin. Maklumlah masa tu mereka sedang ‘hot’. Itulah antara kenangan manis yang pernah dilalui oleh kumpulan Dinamik. Kenangan pahit pula salah satunya ditipu oleh pihak penganjur yang tidak membayar duit persembahan. Itu kebiasaan yang terjadi pada artis-artis waktu itu.