Dinamik (kumpulan muzik): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 40:
Perkenalan dengan penerbit Afzainizam Ismail akhirnya mendatangkan tuah buat mereka. Betapa bersyukurnya mereka kerana cita-cita untuk melahirkan album selama ini tercapai jua. Itulah impian bagi kebanyakan kumpulan muzik pada masa itu. Mereka mula berhijrah ke Kuala Lumpur dan menukar nama kumpulan mereka kepada '''''DINAMIK'''''.
 
Album pertama Dinamik, ''[[Revolusi Mental (album Dinamik)|Revolusi Mental]]'' telah diterbitkan oleh Afzainizam Ismail di bawah label New Southern Records (NSR). Namun begitu, mereka hanya sempat menyiapkan 2 buah lagu iaitu ''Tahyul'' dan ''Rindu-Rindu'' apabila vokalisnya, Mozri mengundurkan diri. Tempat Mozri akhirnya digantikan oleh penyanyi bersuara lunak yang berasal dari [[Sarawak]] iaitu '''James Junai Juki''' atau lebih dikenali sebagai '''[[Nai Dinamik|Nai]]''' yang melontarkan suaranya untuk lagu-lagu yang selebihnya dalam album tersebut.
 
Dua buah single dari album ini, ''Antara Gadis'' dan ''Dilema Rindu'' nyanyian Nai telah melonjakkan nama Dinamik di persada muzik tempatan apabila menjadi antara lagu yang mendapat sambutan hangat di tanah air pada tahun 1991. Dalam masa 5 bulan sahaja, album ini telah terjual sebanyak 400,000 unit lalu menjadikan Dinamik sebagai salah satu kumpulan rock yang amat popular pada waktu itu. Kejayaan album tersebut juga membawa tuah buat mereka apabila mara ke pertandingan akhir Juara Lagu 1991 menerusi lagu ''Antara Gadis''.
 
Kejayaan ini kemudiannya diikuti dengan album kedua mereka yang berjudul ''[[Repplika(album Dinamik)|Repplika]]'' yang mencatatkan jualan tertinggi di Malaysia dengan lagu hitnya, ''Biar Putih Tulang'' dan sebuah lagu hasil ciptaan vokalisnya sendiri iaitu ''Lelengau'' (''Rindu'' dalam bahasa Iban). Dalam album ini, Norin (gitar) dan Fauzi (dram) telah keluar dan digantikan dengan Leman di posisi dram, menjadikan kumpulan ini 4 orang anggota sahaja.
 
Waktu itu Dinamik tidak putus-putus menerima undangan show dari serata tanahair. Sambutan yang diberi oleh pengunjung dan peminat-peminat amat meriah. Begitu juga halnya ketika mereka membuat persembahan di Singapura, Thailand dan kepulauan Riau. Ramai yang datang menyaksikan persembahan Dinamik.