Perbezaan antara semakan "Sains popular"

335 bait ditambah ,  6 bulan lalu
 
== Peranan ==
Sains popular ialah jambatan antara literatur saintifik sebagai perantara penyelidikan saintifik profesional, dengan dunia wacana politik dan budaya popular. Matlamat genre ini selalunya adalah untuk menangkap kaedah dan ketepatan sains dan pada masa yang sama menjadikan bahasa sains itu lebih mudah difahami. Kebanyakan kontroversi yang berkaitan sains dibincangkan dalam buku dan bahan terbitan sains popular, seperti perdebatan yang panjang tentang penentuan biologi dan komponen biologi yang menyebabkan kepintaran. Isu ini dicetuskan oleh buku-buku popular seperti [[The Mismeasure of Man]] and [[The Bell Curve]].
 
Literatur sains popular boleh ditulis oleh seseorang yang bukan ahli sains yang mempunyai pemahaman terhad tentang subjek yang mereka tulis. Agak sukar untuk seseorang yang bukan pakar untuk mengenalpasti sains popular yang menyeleweng. Ini disebabkan penulisan sains popular selalunya mencampurkan sains sebenar dan [[pseudosains]].
7,038

suntingan