Tuanku Syed Putra Jamalullail: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
GRKMahawangsa (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
Baris 1:
{{Yang dipertuan agong|
imej=[[Fail:Img agung3 2.gif]]|
nama=Tuanku Syed Harun Putra ibni al-Marhum Syed Hassan Jamalullail<br>توانكو سيد هارون ڤوترا ابن المرحوم سيد حسن جمال الليل|
ke=3|
permaisuri=[[Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail|Tengku Budriah binti Tengku Ismail]]|
Baris 12:
kemudian=[[Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni al-Marhum Sultan Haji Zainal Abidin III Mu’azzam Shah]]|}}
 
'''Tuanku Syed Harun Putra ibni al-Marhum Syed Hassan Jamalullail''' (Jawi: توانكو سيد هارون ڤوترا ابن المرحوم سيد حسن جمال الليل; hidup 25 November 1920 - 16 April 2000) merupakan [[Raja Perlis]] dan [[Yang di-Pertuan Agong]] [[Malaysia]] yang ketiga.
 
== Keputeraan dan kehidupan awal كڤوترأن دان كهيدوڤن اول ==
Baginda diputerakan di [[Arau]], [[Perlis]] pada 25 November 1920, Seri Paduka Baginda Raja Perlis menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Arau dan meneruskan persekolahan baginda di ''Penang Free School''. Ketika berusia 18 tahun, baginda memulakan kerjaya sebagai anggota Perkhidmatan Awam pada tahun 1938.
 
Pada tahun 1940, Baginda dilantik sebagai Majistret di Kangar dan kemudian ditukarkan ke Kuala Lumpur pada 1941 selepas meletusnya [[Perang Dunia Kedua]]. Baginda berkahwin dengan [[Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail]] pada 1941 dan dikurniakan dengan lima putera dan lima puteri.
 
== Menjadi Raja Perlis (1949 - 1960) (1965 - 2000) منجادي راج ڤرليس ==
Baginda menaiki takhta kerajaan negeri Perlis pada 4 Disember 1945 tetapi disebabkan oleh Perang Dunia Kedua, baginda tidak ditabalkan sehingga 12 Mac 1949. Baginda ialah raja yang paling lama memerintah di Perlis, dan pada 4 Disember 1995, baginda meraikan Jubli Emas selepas memerintah selama setengah abad di Perlis.
 
== Dilantik Yang Di-Pertuan Agong (1960 - 1965) دلانتيق يڠ دڤرتوان اڬوڠ ==
Ketika berusia 40 tahun, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ketiga dan memerintah negara sebagai Yang di-Pertuan Agong dan 21 September 1960 hingga 20 September 1965. Baginda juga menjadi Kolonel Yang di-Pertua Pasukan Renjer Diraja Malaysia. Pada 1971, baginda turut dilantik sebagai Canselor [[Universiti Sains Malaysia]], [[Pulau Pinang]].
 
== Kemangkatan كمڠكتن ==
Pada [[16 April]] [[2000]] Raja Perlis Tuanku Syed Putra Jamalullail, 79, mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, kira-kira jam 2:20 petang ini selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak 21 Mac lalu. Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri [[Shahidan Kassim]] di sini, jam 4:07 petang ini. Tuanku Syed Putra yang dilantik sebagai Raja Perlis pada 4 Disember 1945 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong ketiga dari 21 September 1960 hingga 20 September 1965, adalah Raja Melayu paling lama memerintah sesebuah negeri. Shahidan berkata, kerajaan negeri mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi membolehkan seluruh rakyat negeri ini menziarahi jenazah baginda. Sebagai tanda berkabung, bendera negeri dan kebangsaan akan dikibarkan separuh tiang di negeri itu manakala semua acara rasmi yang dijadualkan mulai sekarang ditangguhkan. "Bagaimanapun, tempoh berkabung belum lagi diputuskan," katanya pada sidang akhbar di sini.
 
Baris 36:
{{Kotak Jawatan | Jawatan=[[Raja Perlis]] | penyandang terdahulu=[[Syed Hamzah ibni al-Marhum Syed Safi Jamalullail|Syed Hamzah]]| penyandang kemudian=[[Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail|Syed Sirajuddin Syed Putra]]}}
 
== Lihat Juga ليهت جوݢ ==
[[Senarai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia]]
 
==Pautan luar ڤاوتن لوار ==
*http://www.perlisroyalty.gov.my/bm/sejarah/putra.htm