Sultan Yahya Petra: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
Baris 1:
{{Yang dipertuan agong|
imej=[[Fail:Img agung6 2.gif]]|
nama=Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim<br>سلطان يحي ڤيترا ابن المرحوم سلطان إبراهيم|
ke=6|
permaisuri=[[Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra]]|
Baris 37:
}}
 
'''Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim''' (Jawi: سلطان يحي ڤيترا ابن المرحوم سلطان إبراهيم; hidup 10 Disember 1917 - 29 Mac 1979) merupakan [[Yang di-Pertuan Agong]] [[Malaysia]] yang keenam.
 
== Keputeraan كڤوترأن ==
Diputerakan pada jam 4:00 petang, Isnin 10 Disember 1917 di Istana Kota Lama, [[Sungai Kelantan]], [[Kota Bharu]] dan merupakan putera kedua bagi [[Sultan Ibrahim Petra|Sultan Ibrahim IV ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV]] dengan isteri ketiga baginda iaitu Che Puan Besar Cik Embong binti Daud. Tengku Yahya Petra menerima pendidikan agama semasa zaman kanak-kanak ketika baginda dibesarkan oleh ayahanda saudara Baginda, [[Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV]]. Tengku Yahya Petra menerima pendidikan awal di [[Sekolah Francis Light]], [[Pulau Pinang]] ketika berusia 14 tahun. Selepas empat tahun menuntut di sekolah ini, Almarhum Sultan Ismail menghantar baginda menuntut di [[England]] pada [[1934]].
 
Baginda berkahwin dengan Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra ketika berusia 22 tahun pada tahun [[1939]]. Pasangan diraja ini dikurniakan seorang putera dan empat puteri. Putera tunggal Tengku Yahya Petra dan [[Tengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra|Tengku Zainab]] ialah Sultan Kelantan ke-28, Duli Yang Maha Mulia [[Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra|Sultan Ismail Petra]]. Empat orang puteri Baginda ialah Yang Mulia Tengku Merjan, Yang Mulia Tengku Rozan, Yang Mulia Tengku Salwani dan Yang Mulia Tengku Rohani. Baginda juga berkahwin dengan Tengku Alexandria binti Tengku Yusuf dan dikurniakan seorang putera iaitu Yang Mulia Tengku Mohamed.
 
== Kerjaya كرجاي ==
Tengku Yahya Petra dianugerahkan gelaran [[Tengku Temenggong]] dan [[Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati]] (D.K.) oleh Almarhum Sultan Ismail pada 21 Julai 1939. Untuk membiasakan diri, baginda dengan hal ehwal yang berkaitan dengan pentadbiran, Tengku Yahya Petra telah dilantik untuk memegang pelbagai jawatan utama dalam kerajaan negeri. Baginda ialah Timbalan Presiden [[Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan]] antara 1941 hingga 1947. Pada 2 April 1944, S.P.B. dilantik sebagai Penolong Ketua Pegawai Kewangan Negeri dan pada 6 Februari 1945, Baginda dilantik sebagai Pegawai Daerah Kota Bharu. Pada 1945 S.P.B. Tengku Yahya Petra dilantik sebagai [[Tengku Bendahara]] oleh ayahanda baginda, Sultan Ibrahim. Tengku Yahya Petra menjadi Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu pada 1 Januari 1948 hingga 31 Disember 1953.
 
Semasa menjadi Tengku Mahkota, baginda turut terlibat sama dalam hal ehwal kerajaan negeri dan mengambil berat kebajikan rakyat. Semasa pemerintahan baginda (1948 - 1960), negeri Kelantan berada dalam keadaan darurat dan baginda tetap memberanikan diri dengan melawat kampung-kampung di kawasan pedalaman Kelantan.
 
=== Naik takhta ناءيق تخت ===
Tengku Yahya Petra ditabalkan sebagai [[Sultan Kelantan]] pada, 17 Julai 1961, dengan gelaran '''Sultan Yahya Petra''', untuk menggantikan ayahanda baginda, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia [[Sultan_Ibrahim_Petra|Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Muhammad IV]]. Pada 6 Oktober 1966, Sultan Yahya Petra menjadi [[Kolonel]] [[Briged Artileri Malaysia]].
 
Pada 22 Julai 1970, Sultan Yahya Petra dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong oleh [[Majlis Raja-Raja]]. Istiadat mengangkat sumpah diadakan pada [[21 September]] [[1970]]. Kemudian pada [[19 Jun]] [[1975]], Majlis Raja-Raja memilih Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Semasa pemerintahan Baginda sebagai Yang di Pertuan Agong, anakanda Baginda, Tengku Ismail Petra menjadi [[Pemangku Raja]].
 
== Anakanda انقندا ==
Tengku Yahya Petra mengahwini Tengku Zainab pada 4 Jun 1939 di Kota Bharu, Kelantan dan dikurniakan seorang putera dan enam orang puteri. Namun, dua orang puteri baginda mangkat ketika masih kecil. Baginda juga mengahwini Tengku Alexandria dan dikurniakan seorang putera.
 
Baris 78:
|}
 
== Kemangkatan كمڠكتن ==
Sultan Yahya Petra mangkat akibat serangan jantung pada pukul 3:45 petang, hari Khamis 29 Mac 1979 dalam usia 61 tahun, di Istana Negara Kuala Lumpur. Baginda mangkat selepas santapan tengahari dan ketika sedang berahat bersama keluarga di Istana Negara. Jenazah Baginda telah diterbangkan ke negeri keputeraanya, Kelantan Darul Naim dan dimakamkan di [[Makam Diraja Langgar, Kota Bharu|Makam Diraja Langgar]], [[Kota Bharu]].
 
== Anugerah lain انوڬره لاين ==
Pada [[5 Jun]] [[1952]], Tengku Yahya Petra menerima [[Order St. Michael]] dan [[Order St. George|St. George]] (C.M.G.) daripada [[Ratu Elizabeth II]] dari [[England]].
 
Baris 93:
* [[1978]]: Darjah Kerabat [[Perlis]]
 
== Lihat juga ليهت جوݢ ==
 
* [[Senarai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia]]