Sultan Mizan Zainal Abidin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
GRKMahawangsa (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Hatnote|"Tuanku Mizan Zainal Abidin" dilencongkan di sini.}}
{| class="infobox" width="280" style="font-size: 90%;"
!style="color: #000000; background-color: #FFD700; font-size: 120%" align="center" colspan="3" |''' Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah <br>الوثيق بالله سلطان ميزان زين العابدين ابن المرحوم سلطان محمود المكتفي بالله شاه'''
|-
{{#if: {{{image|<noinclude>-</noinclude>}}} |
Baris 188:
{{MedalBottom}}
 
'''Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah''' (Jawi: الوثيق بالله سلطان ميزان زين العابدين ابن المرحوم سلطان محمود المكتفي بالله شاه; diputerakan pada 22 Januari 1962) adalah [[Sultan Terengganu]] yang ke-18. Baginda [[Yang di-Pertuan Agong]] ke-13, ketua perlembagaan Malaysia mulai 13 Disember 2006 hingga 12 Disember 2011.
 
== Kehidupan dan pendidikan awal كهيدوڤن دان ڤنديديقن اول ==
Baginda telah diputerakan pada 22 Januari 1962 di [[Istana Al-Muktafi]], [[Kuala Terengganu]], ibu negeri [[Terengganu]]. Baginda mendapat pendidikan awal di [[Sekolah Rendah Sultan Sulaiman]] dan kemudiannya di [[Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman]], baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran di luar negara di pusat pendidikan berprestij iaitu [[Geelong Grammar School]] di [[Geelong]], [[Australia]]. Pada tahun 1988, baginda menghabiskan pembelajarannya di [[Universiti Antarabangsa Amerika Syarikat-Eropah]] (kini dikenali sebagai [[Universiti Antarabangsa Alliant]]) di [[London]], baginda memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang pengkhususan [[Hubungan Antarabangsa]] pada 9 Jun 1988.
 
Baginda telah melibatkan diri dengan kursus ketenteraan PRE SMC (E) 33 di [[Army School of Languages]] daripada 2 November 1982 hingga 31 Mei 1983, dan kemudiannya menghadiri kursus ketenteraan SMC 33 di [[Akademi Tentera DiRaja Sandhurst]] di England daripada 3 Mei 1983, menghabiskan kursus Pegawai Kadet pada 9 Disember 1983. Baginda telah dikomisyenkan pangkat Leftenen pada 1 Mac 1984 dan telah memberikan khidmatnya di Askar Berkuda DiRaja.
 
== Pemerintahan Terengganu ڤمرينتاهن ترڠڬانو ==
Baginda telah dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda bagi Negeri Terengganu Darul Iman pada 6 November 1979, dan kemudiannya di lantik sebagai Pemangku Raja pada 20 Jun 1986 dan kali keduanya dari 20 Oktober hingga 8 November 1990.
 
Baris 202:
Pada 15 Mei 1998, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan takluknya.
 
== Timbalan Yang di-Pertuan Agong تيمبالن يڠ دڤرتوان اڬوڠ ==
Tuanku Mizan telah dilantik secara rasminya sebagai Timbalan [[Yang di-Pertuan Agong]] pada 26 April 1999 selepas [[Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah]], [[Sultan Selangor]] dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-11 oleh [[Majlis Raja-Raja]]. Namun, selepas kemangkatan Sultan Salahuddin, Tuanku Mizan telah dilantik menjadi YDPA pada 21 November 2001.
 
Baris 209:
Tuanku Mizan pertama kali dilantik sebagai Canselor [[Universiti Malaysia Terengganu]] (UMT) dari tahun (2001–2006).
 
== Yang di-Pertuan Agong يڠ دڤرتوان اڬوڠ ==
Pada 3 November 2006, Tuanku Mizan telah dipilih untuk menduduki takhta Yang di-Pertuan Agong oleh [[Majlis Raja-Raja]] Melayu sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-13 selama 5 tahun, bermula 13 Disember 2006 dan berakhir pada 13 Disember 2011. Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu pada ketika itu dipengerusikan oleh [[Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah|Sultan Abdul Halim]], [[Sultan Kedah]] yang juga merangkap sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Tuanku Mizan sebenarnya telah diletakkan sebagai orang keempat dalam Kitaran Sembilan Raja-Raja Melayu yang ke-2 yang secara lazimnya pemilihan Yang di-Pertuan Agong adalah mengikut hukum kitaran ini. Namun, pemilihan Raja-Raja lain dalam negeri-negeri Melayu untuk menjawat jawatan tertinggi di Malaysia Yang di-Pertuan Agong masih boleh diperbincangkan. Mengikut hukum kitaran, setiap Raja-Raja Melayu yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong hanya boleh memerintah Malaysia selama 5 tahun, dan inilah membuatkan Malaysia sebagai sebuah negara mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan yang unik.
 
Baris 224:
Istiadat Keberangkatan Balik Tuanku Mizan dari [[Istana Negara, Jalan Duta]], [[Kuala Lumpur]] ke [[Istana Maziah]], [[Kuala Terengganu]] juga disiarkan secara lintas langsung di RTM 1 pada 12 Disember 2011.
 
== Sukan dan hobi سوكن دان هوبي ==
Baginda sememangnya meminati sukan berkuda dari dulu lagi dan baginda sendiri telah mangadakan pertandingan berkuda tahunan di Malaysia dan pertandingan itu di sertai oleh pelbagai atlet berkuda dari segenap pelusuk negara terutamanya dari negara-negara Eropah. Baginda sememangnya meminati sukan ber[[kuda]] dan menyukai makanan barat kerana baginda amat menitik beratkan soal pemakanan baginda.
 
== Pembedahan lutut ڤمبدهن لوتوت ==
Baginda telah mengalami kecederaan di lutut dan terpaksa menggunakan tongkat semasa [[Istiadat pemakaman Sultan Iskandar Johor]] pada 23 Januari 2010. Pada 24 Januari 2010, baginda berangkat ke [[Munich]], [[Jerman]] bagi menjalani rawatan [[fisioterapi]] di Medical Park, [[St Hubertus]], [[Bad Wiessee]]. Rawatan pakar diketuai Prof Andreas B.Imhoff. Pegawai pengiring baginda ialah pakar perubatan Hospital Putrajaya, pakar ortopedik Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur serta seorang pakar perubatan sukan.
Sepanjang tempoh keberangkatan Baginda, Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Sultan Kedah akan menjalankan tugas-tugas rasmi Yang di-Pertuan Agong.
 
== Kelahiran كلاهيرن ==
1.Tuanku Mizan Zainal Abidin (dilahirkan pada {{birth date|1962|1|22|df=y}} (Umur {{age in years, months and days|1962|1|22|df=yes}}) di Kuala Terengganu).
 
Baris 244:
6.Tengku Fatimatuz Zahra (dilahirkan pada {{birth date|2002|4|19|df=y}} (Umur {{age in years, months and days|2002|4|19|df=yes}}) di Kuala Terengganu).
 
== Terasul dan Gelaran تراسول دان ڬلرن ==
{{Kerabat Diraja Terengganu}}
{{Infobox royal styles
Baris 262:
* '''12 Disember 2011 - Present''': ''Kebawah Duli Yang Maha Mulia'' Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu.
 
== Rujukan رجوكن ==
*{{cite book| title=Dirgahayu Tuanku:Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008|author=Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan|publisher=Yayasan DiRaja Sultan Mizan |date=2011}}
 
== Lihat juga ليهت جوݢ ==
* [[Sejarah Terengganu]]
*[[Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13]]
Baris 271:
* [[Senarai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia]]
 
== Nota kaki نوتا كاكي ==
{{reflist}}
 
== Bacaan lanjut باچاءن لنجوت ==
{{Refbegin}}
* [https://web.archive.org/web/20090127054102/http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2006%2F12%2F13%2Fnation%2F16302738&sec=nation Sultan Mizan moved to tears at ceremony], ''The Star'', 13 December 2006.