Black Rose: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 30:
Kumpulan Black Rose telah ditubuhkan pada tahun 1988 oleh empat sahabat iaitu Mario (bass), Jepp (gitar kedua), Bard (vokal & gitar utama) dan Sha'arin (dram) yang merupakan lepasan sekolah tinggi.
 
Pada awalnya, mereka hanya bermain muzik secara suka-suka sahaja. Sehinggalah pada suatu hari, mereka mencuba nasib dengan menghantar demo tape mereka kepada [[Bertelsmann Music Group|BMG Pacific]] pada tahun 1990. Pengurus A&R di BMG pada ketika itu, Aziz Bakar dan Zulkif Headwind telah tertarik dengan identiti muzik ''glamrock'' yang dibawa oleh mereka di mana ia merupakan sesuatu yang baharu di Malaysia. Atas faktor itulah Aziz telah meminta Zulkif untuk menerbitkan album pertama untuk kumpulan Black Rose.
 
Sebelum proses memasukkan vokal berlangsung, mereka mengadakan sesi uji bakat untuk mencari vokalis memandangkan syarikat rakamanBMG mahukan kumpulan ini menambah seorang anggota. Hasil uji bakat tersebut, mereka telah mengambil bekas pemain dram [[kumpulan Wizards]], Ajin sebagai vokalis Black Rose. Setelah proses rakaman album siap sepenuhnya, maka terhasillah album pertama Black Rose pada penghujung tahun 1990 dengan menggunakan nama kumpulan sebagai judul album.
 
Album pertama Black Rose ternyata mendapat sambutan di luar jangkaan apabila album tersebut mencatatkan jualan yang sangat membanggakan. Berbekalkan single ''Penantian'' dan ''Cinta Abadi'', kumpulan ini tidak mengambil masa yang lama untuk meraih populariti. Bukan itu sahaja, penampilan mereka yang ranggi turut menjadi ikutan peminat rock pada ketika itu. Lagu Penantian ciptaan [[Saari Amri]] dan lirik oleh pemain bass Black Rose, Mario juga mara ke pertandingan akhir Juara Lagu 1991.
Album kedua Black Rose pula berjudul ''Rock 'N' Roll'' telah diterbitkan pada tahun 1994.
 
3 tahun selepas itu, mereka menghasilkan album kedua yang berjudul ''Rock 'N' Roll''. Pada waktu ini, kumpulan ini mengalami pertukaran apabila dua anggota kumpulan Cinema, Amir (vokal) dan Lan (gitar) masuk menggantikan Ajin dan Man yang keluar selepas membuat persembahan di AJL 1991. Dalam album ini, mereka turut menggunakan dua pemuzik undangan di posisi dram iaitu Leman dan Zan setelah pemain dram asalnya, Sha'arin keluar untuk menyambung pengajiannya di luar negara. Selepas album tersebut dipasarkan, anggota Black Rose telah membawa haluan masing-masing.
 
==Anggota Kumpulan==