Jordan Henderson: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
NikoUMS (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
NikoUMS (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 52:
Henderson menyertai Sunderland pada usia lapan tahun dan membuat penampilan pertama untuk pasukannya pada November 2008. Beliau menghabiskan enam bulan secara pinjaman di Coventry City pada tahun 2009 sebelum kembali ke Sunderland. Pada tahun 2011, Henderson menandatangani kontrak bersama Liverpool dan membuat penampilan pertamanya pada bulan Ogos 2011 dan memenangi Piala Liga Bola Sepak Inggeris pertamanya bersama kelab pada tahun 2012. Pada tahun 2015, beliau dilantik sebagai kapten Liverpool dengan menggantikan [[Steven Gerrard]]. Sejak itu, Henderson memenangi [[Liga Juara-Juara UEFA]], [[Piala Super UEFA]], dan [[Piala Dunia Kelab FIFA]] pada tahun 2019. Pada tahun 2020, Henderson juga membawa Liverpool menjulang gelaran [[Liga Perdana Inggeris 2019–20]] iaitu kejuaraan liga pertama kelab tersebut dalam 30 tahun. Sejak mencapai prestasi ini, Henderson secara beransur-ansur mendapat pengiktirafan sebagai pemimpin yang baik dan bahkan membuat perbandingan dengan salah satu pemain terhebat Liverpool, [[Steven Gerrard]].
 
Pemain antarabangsa England, Henderson telah membuat lebih dari 50 penampilan untuk negaranya sejak penampialn pertamanya pada tahun 2010. Beliau telah muncul di empat kejohanan antarabangsa England, Kejuaraan Eropah UEFA [[UEFA Euro 2012|2012]] dan [[UEFA Euro 2016|2016]], dan Piala Dunia FIFA [[Piala Dunia FIFA 2014|2014]] dan [[Piala Dunia FIFA 2018|2018]]. Beliau telah memenangi anugerah Pemain Terbaik England sebanyak dua kali (Peringkat B21 dan senior), sekaligus menjadikannya pemain Inggeris pertama yang melakukannya.<ref name=hendo4>{{cite news|url=https://www.soccerladuma.co.za/news/articles/international/categories/world-news/jordan-henderson-named-england-player-of-the-year-raheem-sterling-harry-kane-snubbed/671063|title=Jordan Henderson named England Player of the Year, Raheem Sterling & Harry Kane snubbed|last=Bekker|first=Liam|date=15 Januari 2019|accessdate=16 Mac 2020|publisher=Soccer Laduma}}</ref>
 
==Karier kelab==