Perbezaan antara semakan "Permatang Pauh"

18 bait ditambah ,  10 bulan lalu
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
 
Permatang Pauh boleh dihubungi melalui beberapa lebuh raya seperti [[Lebuhraya Utara-Selatan]] dan [[Lebuhraya Butterworth-Kulim]]. Sungai Perai menjadi sungai utama di sini dan membentuk timbunan tanah lanar aluvium yang subur. Banjir kerap berlaku terutama pada bulan November - Januari setiap tahun. Air banjir melimpah di tebing-tebing sungai, kampung dan taman perumahan. Tanah aluvium sesuai ditanam dengan tanaman padi. Oleh yang demikian penduduk di sini terdiri daripada orang Melayu melebihi 58 % dan mengusahakan sawah padi. Di [[Bumbung Lima]], Seberang Perai terdapat pusat penyelidikan padi bagi menghasilkan benih padi bermutu dan menyelidik teknik sawah padi terkini.
 
Antara kawasan berdekatan ialah [[Bukit Mertajam]], Kubang Semang, Kampung Tun sardon[[Seberang Jaya]], Permatang Pasir, Simpang Ampat, Perai, [[Butterworth]], pusat bandaraya [[Georgetown]], bandar [[Kulim]] dan [[Lunas]]
 
Kampung tradisional banyak terdapat di Permatang Pauh dan kini dimajukan menjadi taman perumahan dan kawasan bandar. Antaranya ialah Kampung Permatang Ara, Permatang Rambai,Pengkalan Tambang, Kampung Kota, Bukit Jelutong, Sama Gagah, Kampung Guar Perahu,Kampung Guar Petai, Kampung Tanjung Putus, Kampung Teluk, [[Kampung Manggis]], Kampung Pokok Keras, Kampung Terus, Kampung Masjid Timah, Kampung Permatang Rawa, Kampung Padang Song son, Kampung Padang Kerai Kecil, Kampung Hutan Nibung, [[Kampung Belah Dua]], Kampung Besar, Kampung Bukit Pelanduk, Kampung Bukit Merah, [[Permatang Pasir]], Kampung Padang Ibu,Permatang Janggus, Permatang Berangan dan lain-lain.