Syarikat Perkapalan Diraja Patani: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
 
Baris 1:
'''Syarikat Perkapalan Diraja Patani''' ({{Jawi|شريکت ڤرکاڤلن دراج فتاني}}) ialah sebuah syarikat perkapalan yang ditubuhkan oleh [[Ratu Kuning]] (pemerintahan 1635–1688) dari [[Kerajaan Pattani]] pada abad ke-17.{{ sfn | Isma Ae Mohamad | 2015 | p= 264-265 }}{{ sfn | Mohamed Nazreen Shahul Hamid | 2015 | p= 333 }} Syarikat ini ditubuhkan bertujuan untuk mengendalikan barangan yang didagang keluar dari Pattani{{ sfn | Mohd. Zamberi A. Malek | 2006 | p= 125 }}{{ sfn | Nor Hashimah Jalaluddin | 2015 | p= 313 }} dan melawan monopoli syarikat Eropah lain seperti [[Syarikat Hindia Timur Belanda]] (V.O.C) milik Belanda dan [[Syarikat Hindia Timur Inggeris]] (S.H.T.I.) milik British. Barangan keluaran Patani yang diperdagangkan di peringkat antarabangsa diketuai oleh seorang Nakhoda Kapal yang diberi gelaran Saudagar Raja. Kapal perdagangan tersebut dihantar berdagang di merata kawasan sambil bersaing dengan pedagang persendirian.<ref name="tunascipta">{{Cite magazine|last=Mohamed Nazreen Shahul Hamid|date=2015|title=Keagungan Empayar Maritim Melayu Nusantara daripada Sejarah Kepada Kisah Fiksyen|url=https://www.researchgate.net/publication/339500264_1_Keagungan_Empayar_Maritim_Melayu_Nusantara_daripada_Sejarah_Kepada_Kisah_Fiksyen|magazine=[[Tunas Cipta]]|publisher=Dewan Bahasa dan Pustaka|issue=4|page=9|access-date=11 Jun 2020}}</ref>
 
Penubuhan syarikat perkapalan ini menjadikan Ratu Kuning sebagai raja Pattani terkaya. Harta kekayaan yang diperoleh baginda diwartakan sebagai harta negeri dan bukannya harta peribadi baginda. Hal ini telah membawa kemakmuran ke negeri tersebut sehinggalah penaklukan oleh Siam pada tahun 1786.<ref name="tunascipta" />