Black Rose: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 30:
Kumpulan Black Rose telah ditubuhkan pada tahun 1988 oleh empat sahabat iaitu Mario (bass), Jepp (gitar kedua), Bard (vokal & gitar utama) dan Sha'arin (dram) yang merupakan lepasan sekolah tinggi.
 
Pada awalnya, mereka hanya bermain muzik secara suka-suka sahaja. Sehinggalah pada suatu hari, mereka mencuba nasib dengan menghantar demo tape mereka kepada [[Bertelsmann Music Group|BMG Pacific]] pada tahun 1990. Pengurus A&R di BMG pada ketika itu, Aziz Bakar dan Zulkif [[Headwind]] telah tertarik dengan identiti muzik ''glamrock'' yang dibawa oleh mereka di mana ia merupakan sesuatu yang baharu di Malaysia. Atas faktor itulah Aziz telah meminta Zulkif untuk menerbitkan album pertama untuk kumpulan Black Rose.
 
Sebelum proses memasukkan vokal berlangsung, mereka mengadakan sesi uji bakat untuk mencari vokalis memandangkan BMG mahukan kumpulan ini menambah seorang anggota. Hasil uji bakat tersebut, mereka telah mengambil bekas pemain dram [[kumpulan Wizards]], Ajin sebagai vokalis Black Rose. Setelah proses rakaman album siap sepenuhnya, maka terhasillah album pertama Black Rose pada penghujung tahun 1990 dengan menggunakan nama kumpulan sebagai judul album.