Perbezaan antara semakan "Kitab Kejadian"

91 bait ditambah ,  1 bulan lalu
tiada ringkasan suntingan
 
'''Kitab Kejadian''' adalah buku pertama di dalam [[Alkitab]] agama [[Yahudi]] dan [[Kristian]]. Ia juga adalah buku pertama di dalam [[Taurat]] [[Musa]]. Ia dikenali di dalam [[bahasa Ibrani]] sebagai ''B'reshit'' <ref>[http://www.sabda.org/sabdaweb/tools/lexicon/?w=7225&l=hebrew&lang=indonesia&theme=clearsky Perkataan Ibrani #7225]: [http://www.sabda.org/sabdaweb/versions/hebrew/ Leksikon Ibrani Strongs]</ref> (בראשית) manakala di dalam bahasa-bahasa Eropah, ia lazimnya dikenali dengan nama yang diperolehi daripada nama [[bahasa Yunani]], ''Genesis'' (Γένεσις) yang membawa maksud "kelahiran", "penciptaan", "permulaan", "sumber" ataupun "asal-usul" <ref>[http://www.sabda.org/sabdaweb/tools/lexicon/?w=genesis&l=greek&lang=indonesia&theme=clearsky Perkataan Yunani #1078]: [http://www.sabda.org/sabdaweb/versions/greek/ Leksikon Yunani Strongs]</ref>.
 
Kitab Kejadian mengisahkan penciptaan alam semesta, asal usul manusia, permulaan dosa dan penderitaan di dunia, serta cara [[Tuhan]] (atau "Allah" sepertimana lazim dalam para penganut Kristian Nusantara<ref name="Allah">Istilah "Allah" yang digunakan oleh masyarakat bukan Islam di Malaysia menjadi perkara kontroversi pada masa kini. Penggunaan istilah "Allah" di artikel ini cuma mencerminkan penggunaan masyarakat Kristian Malaysia sendiri dan tidak bertujuan untuk membuat apa jua pendirian di dalam kontroversi tersebut</ref>) berhubung dengan [[manusia ]].<ref>Kata Pengantar bagi Kitab Kejadian: {{Citation | year = 2001 | title = Alkitab Berita Baik | isbn = 9830300129 | publisher = Bible Society of Malaysia | location = Petaling Jaya }}</ref>. Secara amnya, para cendekiawan berpendapat bahawa Kitab Kejadian dibahagikan kepada dua bahagian utama; iaitu ''Sejarah Purbakala'' yang direkodkan dari Kejadian 1-11 dan ''Kitaran Asal-Usul'' yang direkodkan dari Kejadian 12-50 <ref name=Rendtorff1991>{{Citation | author = Rendtorff, Rolf | year = 1991 | title = The Old Testament | isbn = 0800607503 | publisher = Fortress Press | location = Philadelphia}}</ref>. Kitab Kejadian besar kemungkinan telah ditetapkan susunannya menjelang kurun ke-5 sebelum Masehi dengan sejarah penulisan yang mungkin telah bermula sejak kurun ke-10 sebelum Masehi. Umat [[Yahudi]], [[Kristian]] dan [[Islam]] yang alim mempercayai bahawa sumber asal isi Kitab Kejadian berpunca terus daripada wahyu Tuhan.
 
== Struktur dan isi ==
=== Sejarah Purbakala ===
 
Kejadian 1-11 mengisahkan penciptaan alam semesta dan asal-usul manusia. Bahagian ini juga menceritakan kisah [[Adam]] dan [[Hawa]], Kain dan Habel, [[Nabi Nuh|Nuh]] dan air bah, serta [[Menara Babel]].
 
=== Kitaran Asal-Usul ===