Kebudayaan Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
CommonsDelinker (bincang | sumb.)
Bot: Menggantikan Malaysia_Youth_Museum_&_Malacca_Art_Gallery.JPG dengan Malaysia_Youth_Museum_and_Melaka_Art_Gallery.jpg.
MrPutra02 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
{{Hatnote|"Budaya Malaysia" dilencongkan di sini.}}
{{Life in Malaysia}}
[[Malaysia]] ialah sebuah negara berbilang [[kaum]] yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah [[Etnik Melayu|Melayu]], [[Orang Cina Malaysia|Cina]] dan [[Orang India Malaysia|India]]. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada penduduk Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama [[agama Buddha|Buddha]], [[Taoisme]] atau [[Kristian]], berbahasa [[bahasa Mandarin|Mandarin]], [[bahasa Hokkien|Hokkien]], [[Hakka]], [[bahasa Kantonis|Kantonis]] atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama [[Hinduisme|Hindu]], bertutur [[bahasa Tamil|Tamil]], [[bahasa Malayalam|Malayalam]], dan [[bahasa Hindi|Hindi]]. Selain itu, terdapat juga kaum [[Sikh]], [[Serani]] atau ''Eurasian'' dan kaum bumiputera lain. [[Bahasa Melayu]] ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi [[Bahasa Inggeris]] digunakan secarauntuk meluasperniagaan.
 
Kaum Bumiputera yang terbesar di [[Sarawak]] ialah [[Iban]] dengan 600,000 orang. Mereka tinggal di rumah panjang, dan menetap di sepanjang [[Sungai Rajang]] dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula seramai 170,000 oarng tinggal di barat daya Sarawak. [[Orang Asli]] (140,000) tinggal di Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup berpindah-randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan moden Malaysia. Walau bagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulan [[etnik]] yang mempunyai pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik yang lain. Kemungkinannya ini disebabkan sistem [[ekonomi]] mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa perlu dibeli. Bagaimanapun pihak [[kerajaan]] menawarkan peluang [[pelajaran]] yang samarata dan ada di antara mereka kini menjawat jawatan profesional seperti [[doktor]].