Peristiwa Bukit Kepong: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ricky250 (bincang | sumb.)
Ricky250 (bincang | sumb.)
Baris 15:
 
==Permulaan==
Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada [[23 Februari]] [[1950]] antara pihak polis dan [[Parti Komunis Malaya]] sebelum kemerdekaan [[Persekutuan Tanah Melayu]] (1948-1963). Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di [[Bukit Kepong]]. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak di tebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar [[Muar]], [[Johor]], [[Malaysia]].<ref>{{cite journal |first=CP |last=Tan |title=Bukit Kepong: The Malayan Alamo |language=en |journal=Armorama |url=http://armorama.com/modules.php?op=modload&name=Sections&file=index&req=viewarticle&artid=1811 |accessdate=5 Mei 2010-05-05}}</ref>
 
Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam pertumpahan darah di mana penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepungan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal balai polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka: