Rancangan Briggs: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ajai9897 (bincang | sumb.)
k General
Ricky250 (bincang | sumb.)
k Kotak kempen ditambah.
Baris 1:
{{Kotak kempen Darurat Tanah Melayu}}
 
'''Rancangan Briggs''' dilancarkan oleh Sir [[Henry Gurney]] di [[Persekutuan Tanah Melayu]] pada pertengahan tahun [[1950]]. Pengarah operasi yang bertanggungjawab ialah Leftenan Jeneral Sir [[Harold Rowdon Briggs]].<ref>http://www.historyofwar.org/articles/wars_malaya.html</ref>
 
Rancangan Briggs merupakan tindakan oleh kerajaan jajahan [[United Kingdom|British]] untuk menyekat bekalan makanan serta ubat-ubatan daripada berjaya sampai ke tangan [[Parti Komunis Malaya]] yang pada masa itu berniat menguasai Persekutuan.
 
Antara tindakan yang dijalankan ialah dengan memindahkan [[TionghoaOrang Cina Malaysia|penduduk Cina]] dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula atau di [[Kampung Baru]]. Rancangan itu merangkumi pemindahaan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di [[Kampung Baru]] seperti di [[Jinjang]] supaya tidak diugut oleh Min Yuen untuk memberi maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan. Tujuannya semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan [[Min Yuen]].
 
Kampung-kampung baru ini dipagar dengan kawat berduri serta dikawal oleh pasukan keselamatan. Penduduk Kampung Baru diberi banyak kemudahan seperti [[pendidikan]], [[perkhidmatan kesihatan]], tempat tinggal serta bekalan [[elektrik]] dan [[air paip]].
 
Jumlah penduduk yang terbabit dalam rancangan ini adalah seramai 470,509 orang yang ditempatkan di 440 buah kampung baru. [[Persatuan Cina Malaysia|Persatuan Cina Malaya]] (MCA) yang ditubuhkan pada tahun [[1949]] banyak membantu usaha kerajaan menempatkan semula orang Cina.
 
Program kedua dalam rancangan ini ialah [[Gerakan Kelaparan]].
 
==Rujukan==
{{reflist}}
 
[[Kategori:Darurat Tanah Melayu]]
[[Kategori:Sejarah Malaysia]]
[[Kategori:1950 di Malaya]]
[[Kategori:Pemerintahan British di Malaysia]]