Pertempuran Marathon: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 39:
Pada tahun 491 Darius menuntut [[ufti]] tanah dan airdari tanah besar Yunani sebagai simbol penyerahan. Negara-negara kota Yunani pastinya dilanda gelisah dengan khabar bahawa pihak Parsi kembali bersedia untuk menyerang. Parsi ketika itu adalah empayar terbesar dari segi keluasan yang diketahui sehingga itu, dan tenteranya kelihatan tidak dapat dikalahkan. Puak penyokong-Parsi wujud hampir di kesemua negara-bandar, termasuk Athens. Malah peramal di [[Delphi]] merupakan penyokong Parsi. Bagaimana pihak Yunani, yang berpecah dan secara perbandingan lemah mampu menang? Walau bagaimanapun Yunani, terutamanya Athen dan Sparta enggan menyerah.
 
== Serangan utamaPersediaan ==
[[File:Les_Héros_de_Marathon_Georges_Rochegrosse_1859.jpg|link=https://en.wikipedia.org/wiki/File:Les_H%C3%A9ros_de_Marathon_Georges_Rochegrosse_1859.jpg|thumb|319x319px|Kemaraan tentera Yunani di Marathon - ''Les Héros de Marathon'' karya [[Georges Rochegrosse]], 1859.]]
Pada tahun 490 Darius melancarkan penjajahan keduanya, kali ini dipimpin oleh anak saudaranya, Artaphernes dan bangsawan Medean, Datia. Armada penjajah yang terdiri dari lebih 200 triremes dan 400 kapal pengangkut, membawa kemungkinannya 25,000 tentera pejalan kaki dan 1,000 tentera berkuda, berkumpul di [[Tarsus]], persisiran Cilician dan kemudiannya bergerak ke barat ke arah Ionia dan melalui Cyclades. Pihak Parsi kemudiannya menawan dan menjarah Naxos, yang sebelum itu berjaya menahan serangan 10 tahun dahulu. Armada Parsi kemudiannya bergerak dari pulau ke pulau sepanjang [[Laut Aegia|laut Aegea]], mengambil kerahan dan kanak-kanak sebagai tahanan. Apabila pihak Parsi mendarat di Euboea mereka memiliki sekitar 80,000 orang, termasuk pendayung dan tentera kerahan.
Baris 51:
Militiades dibantah oleh jeneral Ionia yang lain. Darius mendapat tahu mengenai pengkhianatan Miltiades dan bersumpah akan membalas dendam, ketika mana Miltiades lari ke Athens dan menjadi aktif dalam politik di sana.
 
Dilaporkan bahawa Miltiades memberitahu bahawa dengan membenarkan pengepungan pihak Parsi, ia akan memutuskan Athens dari bantuan [[Sparta]] (Tembok Panjang masih belum dibina pada masa itu) dan turut meningkatkan peluang pengkhianatan. Miltiades berjaya meyakinkan pihak Athen. Dia menegaskan bahawa satu-satunya harapan bandar tersebut adaah ketika pihak Parsi mendarat di Marathon dengan pasukan berkuda mereka adalah dengan memusnahkan mereka di pantai pendaratan. Di bandar, para hamba dibebaskan; mereka dan orang bebas dan warga bandar merentasi gunung untuk pergi ke Marathon. Pasukan Athen berjumlah sekitar 10,000 orang [[hoplite]] (askar serupa [[Infantri|tentera infantri]]). BandarNegara negarakota kecil Plataea menghantar bantuan yang tidak disangka-sangka dengan seramai kemungkinannya 1,000 orang hoplite. Callimachussambil memerintahdipimpin [[Callimachus]] sebagai archon perang (polemarchos).
 
Setiap 10 puak di Athen memiliki jeneral mereka sendiri, dan [[Miltiades]] hanya salah seorang dari mereka. Pihak Athen menempatkan diri mereka di tanah tinggi barat padang rumput dalam kedudukan bagi menghalang kemaraan Parsi ke arah Athen, dan mereka mula menebang pokok bagi menghalang tentera berkuda Parsi. Tidak hanya pihak Parsi jauh lebih besar berbanding pihak Greek, tetapi mereka turut memiliki tentera berkuda dan pasukan pemanah, di mana pihak GreeksGreek tiada. Untuk beberapa hari berikutnya(7-11 Ogos) kedua tentera sekadar kekal ditempat mereka, selang dua batu jauh.
 
Kedua pihak menunggu: pihak Athen sedang menunggu bagi bantuan dari Spartan untuk tiba, dan pihak Parsi sedang menunggu bagi pihak penyokong yang berhubung dengan Hippias untuk merampas kuasa di Athen. Pihak Parsi pastinya telah tahu mengenai bantuan pihak Spartan akan tiba tidak lama lagi, dan dengan tiada berita dari penyokong pro-Parsi di Athens telah berjaya, mereka jelas telah memutuskan untuk menghantar sebahagian besar armada mereka ke [[Teluk Phaleron]] pada malam 11-12 Ogos bersama sebilangan besar pasukan darat, termasuk tentera berkuda. Mereka meninggalkan pasukan darat kemungkinannya sebesar 15,000 orang.
Baris 61:
Miltiades mengatur barisan Yunani sekitar sebatu panjang agar kedua sayapnya berada pada dua anak sungai yang mengalir ke laut. Melepasi ini adalah paya di utara dan selatan. Kedudukan pasukan Greek adalah lebih nipis dan lemah di tengah, yang terdiri daripada tentera terbaik, kemungkinannya hanya tiga hingga empat baris, tetapi Miltiades mengekalkan bahagian sayap, yang memiliki pasukan paling kurang diharap, kekuatan [[phalanx]] penuh. Pertahanan Yunani dengan itu memiliki bahagian tengah yang lemah dengan pasukan penyerang yang kuat di kedua belah sayapnya. Pihak Yunani bersenjata lebih baik dengan tombak panjang menentang [[javelin]], dan pedang pendek menentang [[belati]] atau scimitar. Mereka juga dilindungi dengan lebih baik dengan perisai badan gangsa, dan lebih bersemangat, berjuang bagi mempertahankan tanah air mereka.
 
=== KemuncakSerangan ===
Pertempuran meletus pada pagi tersebut. Pihak Yunani mara perlahan-lahan kearah kem Parsi dan pantai sehingga mereka sejauh sekitar 150–200 ela dan dalam jarak panah pemanah Parsi, yang berada di hadapan. Mereka menyerbu bahagian tengah barisan Parsi bagi mengurangkan tempoh mereka diserang oleh pemanah. Pihak Yunani dengan mudah melolosi barisan pemanah Parsi yang bersenjata ringan, yang hanya memiliki masa bagi memanah beberapa panahan sebelum mencari perlindungan di belakang formasi Parsi utama.