Wikipedia:Kedai Kopi (cadangan): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k →‎Maklum balas: bubuh templat rujukan dalam perbincangan
Darwish fitri (bincang | sumb.)
Baris 229:
Daripada gaya penulisan beberapa maklumbalas di sini, nampak seperti ada yang terkeliru di antara Penamaan Meiji dan Penamaan Asal. Penamaan Meiji itu yang menggunakan susunan Nama Diberi dahulu diikuti oleh Nama Keluarga iaitu susunan biasa dalam bahasa Inggeris, dan Penamaan Asal pula yang menggunakan Nama Keluarga dahulu diikuti oleh Nama Diberi iaitu susunan dalam bahasa Jepun.<br>Apa yang menjadi masalah sekarang ini adalah kerana penamaan yang digunakan di Wikipedia Bahasa Melayu tidak seragam, sesetengahnya menggunakan Penamaan Asal kerana itulah penamaan yang kita gunakan dalam bahasa Melayu untuk nama orang Jepun sejak dahulu kala; dan sesetengahnya menggunakan Penamaan Meiji kerana pengaruh daripada media berbahasa Inggeris dan untuk tujuan keseragaman dengan mereka kerana banyak orang berbahasa Melayu generasi baharu yang menggunakannya, juga di bawah pengaruh media bahasa Inggeris. Jika dilihat dalam pengimportan media Jepun sendiri pun, ianya juga tidak seragam disebabkan perkara yang hampir sama, mereka yang biasa dengan Penamaan Asal terus menggunakan Penamaan Asal dan mereka yang biasa dengan Penamaan Meiji terus menggunakan Penamaan Meiji. Malah dalam suatu siri anime sendiri pun boleh terjadinya penggunaan kedua-dua sistem penamaan serentak akibat pengurusan penterjemahan yang menggunakan beberapa studio yang berbeza di Malaysia yang masing-masing mempunyai prinsipnya sendiri.<br>Jika dilihat di pihak Jepun itu sendiri, mereka menggalakkan Penamaan Asal ketika ini, bukannya Penamaan Meiji, tetapi kebanyakan media luar Jepun masih menggunakan Penamaan Meiji. Televisyen utama di negara Jepun, NHK juga telah bertukar semula kepada Penamaan Asal untuk terbitannya dalam bahasa Inggeris menerusi NHK WORLD mulai 30 Mac 2020, setelah sekian lama menggunakan Penamaan Meiji.<ref>{{Cite web|url=https://www3.nhk.or.jp/nhkworld/en/information/2020033006002/|title=Style for Japanese persons' names|date=2020-03-30|access-date=2020-07-23|website=NHK-WORLD JAPAN}}</ref> --[[Pengguna:MNH48|MNH48]] ([[Perbincangan pengguna:MNH48|bincang]]) 12:37, 23 Julai 2020 (UTC)
{{Reflist-talk}}
 
== Pembetulan tajuk halaman ==
 
"UiTM Seri Iskandar" ialah nama yang sepatutnya ditulis sebagai tajuk halaman dan bukannya "UiTM Sri Iskandar".