Tentera Darat Pertama Paracut (Wehrmacht): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
 
Baris 46:
Panglima pertamanya ialah [[Kolonel Jeneral]] [[Kurt Student]], iaitu perintis pasukan hantaran udara (airborne) ''[[Wehrmacht]]''. Semasa [[Operasi Market-Garden]] pihak Bersekutu, askar-askar Student memainkan satu peranan penting dalam melambatkan kemaraan pihak Bersekutu yang memenuhi selatan negara Belanda. 3,000 [[askar payung terjun]] adalah satu-satunya pasukan simpanan sedia tempur di Jerman pada waktu itu.<ref>[[Cornelius Ryan|Ryan, Cornelius]] ''[[A Bridge Too Far (book)|A Bridge Too Far]]''. 1974. p. 49</ref>
 
Student telah ditukarkan ke Barisan Timur, dan pada 18 November 1944, pemerintahan First Parachute Army diserahkan kepada [[General der Fallschirmtruppe]] [[Alfred Schlemm]], yang menentang [[Tentera Darat Pertama Kanada]] semasa [[Pertempuran Reichswald]]. Ketumbukan Schlemm menghimpunkan bermacam-macamberbagai divisyen infantri lemah dan kumpulan tempur yang berkubu di Tembok Barat (Garis Siegfried). Schlemm tidak bersetuju dengan pandangan semasa bahawa serangan pihak Bersekutu seterusnya akan berlaku jauh ke selatan dan memastikan ketumbukannya membina pertahanan yang kukuh.
 
Tentera Darat Pertama Kanada dan [[Tentera Darat Kesembilan A.S.]] Leftenan Jeneral [[William Hood Simpson]] menekan angkatan Schlemm menjadi sebuah tumpuan kecil di sebelah tebing barat sungai Rhine yang bertentangan Wesel. Pada 10 Mac 1945, barisan belakang 1st Fallschirm-Armee meninggalkan kubu tumpuan mereka, memusnahkan jambatan dibelakang mereka, dan Schlemm bersiap untuk menghadapi penyeberangan sungai oleh pihak Bersekutu. Schlemm telah cedera dalam serangan udara keatas pos kawalannya di Haltern sebelas hari kemudian dan pada 20 Mac 1945, pemerintahan diserahkan kepada [[Jeneral Infantri (Jerman)|General der Infanterie]] [[Günther Blumentritt]].