Awal Muharam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Buang maklumat yang salah
Baris 1:
{{Kebudayaan Islam}}
'''Awal Muharram''' atau '''Maal Hijrah''' merupakan suatu hari yang penting bagi umat [[Islam]] kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah [[Islam]] iaitu memperingati [[hijrah|penghijrahan]] [[Nabi Muhammad s.a.w]] dari Kota [[Makkah]] ke [[Madinah]] pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada [[1 Muharam]] tahun baru bagi [[Takwim Hijrah]]. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.<ref>[http://books.google.com.my/books?id=vBm2b0BwU9EC&pg=PA220&dq=awal+muharram&hl=en&ei=Cy3RTs62FpDPrQfI-MWNBQ&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=3&ved=0CDcQ6AEwAjgK Malaysia Country Study Guide By USA International Business Publications, Ibp Usa]</ref>
 
Di [[Malaysia]] hari tersebut merupakan hari keagamaan bagi umat Islam dengan mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.
 
Kalender Hijarah secara rasmi belum bermula ketika zaman Rasulullah S.A.W. Kalendar ini hanya bermula pada zaman Khalifah Arrasyidin kedua iaitu Saidina Umar al-Faruq R.A. Terdapat beberapa cadangan daripada para sahabat untuk penetapan ''Taarrikh'' bagi Madinah ketika itu, ada yang mencadangkan tahun Islam bermula ketika kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, ada yang mencadangkan permulaan tarikh Islam ditetapkan pada hari Rasulullah dibangkitkan sebagai nabi dan rasul tetapi pandangan yang mencadangkan permulaan tarikh Islam pada tarikh hijrah Nabi S.A.W.