Tugu Negara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MrPutra02 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
MrPutra02 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 38:
==Komunis letup Tugu Negara==
 
Oleh sebab bencikanbenci akan kerajaan, ingin melumpuhkan agenda mewujudkan keamanan dan cintakan negara dalam kalangan rakyat, [[Parti Komunis Malaya|pengganas komunis]] bertindak mengebom Tugu Negara pada [[26 Ogos]] [[1975]]. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5 pagi yang memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh dari kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF).
 
Antara penduduk yang mendengar letupan itu adalah [[Tunku Abdul Rahman]] yang tinggal berhampiran. Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik pengganas yang cedera, tetapi masih sempat melarikan diri. Sebaik sahaja letupan itu berlaku, polis terserempak dengan dua orang dipercayai komunis menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dalam keadaan mencurigakan di simpang Jalan Traves dan Jalan Bangsar, [[Kuala Lumpur]].