Perbadanan Johor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 49:
 
==Sejarah==
PKENJ bermula operasinya pada Ogos [[1970]] dengan perlantikan Menteri Besar [[Othman Saat|YAB Tan Sri Hj Othman bin Mohd Saat]] sebagai pengerusinya dan YB Tan Sri Dato' Hj Basir bin Ismail sebagai ketua eksekutif. Pejabat pertamanya berada di Aras 2, Bangunan Sultan Ibrahim, [[Johor Bahru]], dan operasinya bermula dengan cuma dua kakitangan. PKENJ menggantikan namanya kepada "Johor Corporation" pada akhir tahun [[1995]] seperti yang dicadangkan oleh YAB [[Tan Sri Muhyiddin Yassin]].
 
Sebagai sebuah entiti perusahaan awam, JCorp telah memainkan peranan yang besar dalam memeliharakan pertumbuhan [[ekonomi]] di negeri Johor, khususnya dibeberapa sektor ekonomi yang berpotensi tinggi, termasuknya perusahaan [[pertanian]], pemajuan [[perindustrian]], pemajuan [[hartanah]] dan sebagainya. JCorp juga memajukan [[Pasir Gudang]] sebagai sebuah bandar perindustrian di tenggara Johor. Sejak [[1 Julai]], [[1977]], ia telah dilantik sebagai [[pihak berkuasa tempatan]] bagi Pasir Gudang, iaitu pihak berkuasa tempatan pertama yang diswastakan di Malaysia dibawah [[kontrak]] setiap lima tahun.