Hikayat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
 
'''Hikayat''' merupakan salah satu bidang kesusteraan Melayu silam. Cerita-cerita hikayat biasanya berbentuk panjang dan menceritakan mengenai seseorang atau kejadian yang penting. Pada kebiasaannya cerita hikayat adalah warisan dari penceritaan secara lisan, dengan itu ia mengekalkan format penceritaan lisan. Kebanyakan cerita hikayat ditulis dalam bentuk di mana, pembaca akan membacanya secara kuat untuk didengari oleh pendengar.Amin
 
Hikayat berasal daripada perkataan [[bahasa Arab|Arab]] 'حکا' yang bermaksud 'bercerita', manakala 'حکاية' pula bermaksud 'cerita'.<ref>Hashim Awang (1986) Glosari Mini Kesusasteraan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.</ref> Wilkinson pula memberikan erti 'hikayat' sebagai ''narrative'', ''story'', ''tale''. Walau bagaimanapun, dalam kesusasteraan Melayu lama yang bentuknya terbahagi kepada dua, iaitu bentuk [[lisan]] dan [[tulisan]], kata hikayat ini lebih kerap ditemui pemakaiannya dalam sastera bertulis. Manakala untuk bentuk lisan, judulnya bermula dengan 'cerita'.
 
Hal ini jelas dilihat dalam cerita-cerita [[penglipur lara]], misalnya [[Cerita Sulung Jawa]], [[Cerita Si Suton]] dan [[Cerita Awang Semambu]]. Penggunaan 'hikayat' terhadap cerita-cerita penglipur lara hanyalah dibuat setelah ia ditulis. Ini dibuktikan melalui cerita-cerita penglipur lara yang dikumpulkan oleh R.O. Winstedt dan R.J. Wilkinson seperti [[Hikayat Malim Deman]], [[Hikayat Malim Dewa]] dan [[Hikayat Awang Sulung Merah Muda]].<ref>Winstedt, R.O. (1969) A History of Classical Malay Literature.</ref>
 
===1300s===
* [[Batu Bersurat Terengganu]] BBT 1302-1388