K. Fatimah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 23:
 
==Kerjaya Seni==
Sebelum menceburkan diri di dalam seni lakonan, beliau pernah dinobatkan sebagai Juara Ratu Kebaya / Cantik sebanyak dua kali berturut-turut di Singapura dan sekali di Johor Bahru pada tahun 1950-an ketika beliau berusia belasan tahun lagi. Beliau hanya menyertai peraduan itu secara suka-suka kerana ingin menemani temannya iaitu [[Fatimah Ahmad]]. Oleh kerana kedua-duanya ini telah berjaya di dalam peraduan tersebut, ia telah menambat hati pihak Shaw Brothers untuk mengambil mereka menjadi salah satu pelakon Malay Films Productions dan mereka juga telah diundang untuk menyertai peraduan ''Menjadi Bintang'' dan berjaya dipilih bersama dua lagi peserta untuk menjalani ujibakat pada 18 Julai 1959 di Studio Jalan Ampas. Antara pengarah yang melakukan uji bakat tersebut ialah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Datuk Jamil Sulong. Dikhabarnya, mereka akan diberi watak pembantu untuk filem arahan Tan Sri P. Ramlee bertajuk Badang namun filem itu tidak menjadi kenyataan.
 
Beliau mula berkecimpung di dalam bidang seni lakonan pada awal tahun 1960 dan filem Isi Neraka merupakan filem lakonannya yang pertama tanpa dialog. [[P. Ramlee]] yang bertanggungjawab menukar nama Ngatimah kepada Fatimah. Lazimnya, beliau akan menukar nama pelakon dibawah arahannya, dan sering membawa tuah dalam kerjaya seni.<ref>[https://wadahseniku.wordpress.com/2016/01/13/menyusur-kenangan-bersama-seniwati-awet-muda-k-fatimah/ (wadahseniku), (January 13, 2016) Menyusur kenangan bersama Seniwati awet muda-K. Fatimah]</ref>