Sayong: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 2 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q427609
kTiada ringkasan suntingan
Baris 3:
Sayong atau sayung berasal dari sisa-sisa [[papan]] yang telah dipotong tetapi dalam bentuk menyeronng atau rencong. Papan sayung bermakna papan lebihan yang tidak tepat ukurannya.
 
Sayong terkenal dengan perusahaan kecil membuat [[labu]] daripada [[tanah liat]] atau pelbagai [[seramik]] lain. Penduduk Sayung dipercayai berasal dari [[Hilir Perak]] yang dibawa oleh sultan-[[sultan Perak]] terdahulu ke Kuala Kangsar. Tukang-tukang yang mahir dalam senibinaseni bina rumah, senibinaseni bina perabot dan seni seramik telah dibawa bersama-sama oleh sultan-sultan yang bersemayam di Hilir Perak ke [[hulu Perak]] iaitu di daerah [[Kuala Kangsar]]. Istana sultan-sultan Perak turut dipindahkan ke Kuala Kangsar terutama selepas peristiwa pembunuhan [[JWW Birch]] [[1875]] di [[Pasir Salak]].
 
Rumah-rumah penduduk di sini dalam bentuk rumah litmas iaitu rumah papan bertiang tinggi, ada ruang anjung, anjung tengah dan ruang dapur serta beranda. Perubahan masa menuntut penduduknya membina rumah daripada batu-bata dan tidak lagi bertiang.
 
Ekonomi pertanian terutama [[padi]], [[getah]] dan [[kelapa sawit]] ditanam di sini. Terdapat ladang kelapa sawit seperti Sayang Plantation Sayong dan Ladang Gleanealy Sayong. Kebun-kebun getah yang terbiar telah diambil alih dan dimajukan oleh kerajaan [[Malaysia]] melalui agensi [[FELCRA]]. Penduduk menubuhkan Koperasi Peserta Rancangan Felcra Gugusan Kledang Sayong.
 
== Rencana lanjut ==
* [[Labu sayong]]
 
{{Perak}}