Shinzo Abe: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
kTiada ringkasan suntingan
Baris 54:
{{nihongo|'''Abe Shinzō'''|安倍 晋三|Abe Shinzō|lahir [[21 September]] [[1954]]}} merupakan [[Perdana Menteri Jepun]] yang terkini. Beliau terpilih menjadi Perdana Menteri Jepun oleh satu sesi khas [[Diet Jepun|Diet Kebangsaan]] pada [[26 September]] [[2006]]. Beliau adalah perdana menteri Jepun pertama yang lahir selepas [[Perang Dunia Kedua]].<ref>{{cite web | date=Mei 27, 2017 |title=Abe shows staying power as Japan's third-longest-serving leader |work=Nikkei Asian Review |url=http://asia.nikkei.com/Politics-Economy/Policy-Politics/Abe-shows-staying-power-as-Japan-s-third-longest-serving-leader}}</ref> Abe dilahirkan dalam keluarga yang begitu bergiat dalam politik, dan beliau sendiri belajar dalam jurusan sains politik di Jepun dan di Amerika Syarikat. Beliau bekerja di sektor swasta sehingga tahun 1982 di mana beliau menyertai sektor awam.
 
Pada 1993 beliau memenangi pilihan raya di [[Wilayah Yamaguchi]] seterusnya dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri, [[Junichiro Koizumi]] pada bulan September 2005. Pada bulan September 2006, beliau menggantikan Koizumi sebagai Presiden [[Parti Demokratik Liberal (Jepun)|Parti Demokratik Liberal]] (LDP) dan seterusnya dipilih oleh Diet Kebangsaan untuk dilantik menjawat jawatan Perdana Menteri Jepun yang bahru. Ketika itu, beliau berusia 52 tahun merupakan antara Perdana Menteri Jepun yang termuda yang lahir selepas Perang Dunia Kedua. Abe mengumumkan perletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Jepun setahun kemudian akibat penyakit kolitis ulseratifnya. Tempatnya dipangku sementara oleh Yosuo Fukuda. Selepas disahkan telah sembuh dari penyakit, Abe kembali semula ke arena politik. Beliau berjaya menewaskan Menteri Pertahanan Jepun ketika itu, [[Shigeru Ishiba]] untuk merebut jawatan Presiden LDP. Akhirnya, Abe berjaya dipilih sebagai Presiden parti buat kali kedua pada September 2012. Kemenangan LDP pada pilihan raya umum 2012, menjadikan beliau dilantik semula sebagai Perdana Menteri Jepun buat kali kedua. LDP juga memenangi pilihan raya umum pada tahun 2014 dan 2017 dan beliau masih kekal sebagai Presiden LDP dan juga Perdana Menteri Jepun.
 
Pada 28 Ogos 2020, Abe mengumumkan pengundurannya yang belum selesai sebagai Perdana Menteri, dengan alasan serangan semula sejarah penyakit silamnya iaitu ''kolitis ulseratif''. Beliau juga tetap memegang jawatan tersebut sehingga LDP memilih penggantinya.<ref>{{cite news|title=Japan PM Abe announces his resignation at press conference|url=https://english.kyodonews.net/news/2020/08/49143d2e31c6-breaking-news-abes-health-status-remains-unchanged-top-govt-spokesman.html|newspaper=Kyodo News|date=28 August 2020|accessdate=28 August 2020}}</ref><ref>{{cite web|url=https://www.bbc.com/news/world-asia-53943758|title=Shinzo Abe: Japan's PM resigns for health reasons|publisher=[[BBC]]|accessdate=28 August 2020}}</ref>