Anak Pontianak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 36:
== Plot ==
 
Jeritan seorang perempuan dalam kesakitan memecah keheningan malam. Dalam sebuah bilik di rumah kampung seorang perempuan cantik diatas katil. Perempuan itu baru melahirkan anak lelaki. Mak Bidan memberitahu kepada suaminya bahawa akan dijangkakan kelahiran kembar tetapi nyawa isterinya dalam bahaya.
“...telah menjadi kepercayaan kepada setengah golongan manusia..bila seorang perempuan meninggal dunia..bersama-sama anaknya yang tak sempat dilahirkan..perempuan itu akan dapat hidup semula di dunia..tapi hanya sebagai..PONTIANAK!...”
 
Si isteri yang dalam tangisan menyuruh suaminya melakukan satu perkara yang terakhir. Dia diberitahu isterinya yang sudah bertahun-tahun lamanya menyimpan rahsia pada dirinya sendiri. Ada satu paku yang terpacak di tengkuknya dan menyuruh suaminya untuk mencabutkan. Setelah dilakukan suami itu, dia melihat transformasi yang mengejutkan telah terjadi. Wajah isterinya berubah menjadi perempuan hodoh, kemudiannya berubah lagi menjadi Pontianak yang mengerikan, kemudian nya berubah kembali lagi menjadi diri asalnya, lalu dia pun meninggal dunia.
 
Setelah sepuluh tahun berlalu, anak lelaki nya menjadi kuat dan boleh berlawan seperti haiwan. Lebih sepuluh tahun berlalu lagi, dia bercinta dengan seorang perempuan kampong yang cantik. Tetapi apabila melihat darah, tangannya menjadi berikat dan berbulu dan kukunya menjadi cakar. Dia akan berubah kembali pada diri asalnya sesudah dia melakukan pembunuhan.
 
== Sejarah pefileman ==